Home Kdrama/Kmovie Bulan Baru Drama Baru, 3 K-Drama Terbaru Di Viu!

Bulan Baru Drama Baru, 3 K-Drama Terbaru Di Viu!

0

Bulan baru cerita baru! Jom kita tengok 3 drama terbaru yang anda boleh layan di Viu!

Taxi Driver 2

2094424992

Akhirnya Rainbow Taxi Club kembali lagi. Taxi Driver adalah drama yang diadapatasikan daripada Webtoon yang berjudul The Deluxe Taxi hasil karya Carlos dan Lee Jae Jin . Musim pertama drama ini menemui penonton pada tahun 2021 dan telah menerima sambutan yang sangat luar biasa.

Untuk Taxi Driver musim kedua, walaupun baru ditayangkan lima episod, rata rata telah memuji visual drama ini yang terperinci , jalan cerita dan skripnya yang menarik dan juga tidak dilupakan kehebatan pelakon-pelakon dalam membawakan watak mereka dengan cemerlang.

202206091649 main.cropped 1654768163

Rainbow Taxi merupakan sebuah syarikat teksi yang menawarkan perkhidmatan membalas dendam kepada mangsa jenayah yang gagal mendapatkan keadilan undang undang.

Pelbagai kes yang mereka terima contohnya daripada kes Scam orang, kes pekerja yang ditindas oleh majikan mereka sehinggalah kepada kes budak sekolah yang dibuli dan banyak lagi. Setiap kes yang berbeza menunjukkan betapa lemahnya sistem undang- undang yang sedia ada.

Namun apakah kes yang terbaru di Taxi Driver 2? Kalau nak tahu jom kita layan di sini.

The Secret Romantic Guesthouse

Pelakon cantik jelita Shin Ye Eun pada tahun lalu telah mencuri perhatian dalam drama siri Revenge of Others dan The Glory, kini si cantik manis ini bakal kembali menyapa para peminat melalui Kdrama terbaru lakonannya pada tahun ini.

Drama yang sebelumnya dikenal dengan beberapa judul termasuk The Love Story of Flower Scholars, Flower Scholars’ Love Story, dan Romantic Guest House ini adalah drama terbaru yang akan ditayangkan di Viu pada 20 Mac 2023 ini.

230227 The Secret Romantic Guesthouse Group poster textless EN

Dalam drama sejarah romantik misteri ini, Shin Ye Eun bergandingan dengan Ryeo Woon, Kang Hoon, dan Jung Gun Joo.

Shin Ye Eun membawa watak pemilik rumah tamu Yihwawon, sementara Ryeo Woon, Kang Hoon, dan Jung Gun Joo akan membawa watak tiga cendekiawan yang menawan. Oh Man Seok, Han Chae Ah, In Gyo Jin, Lee Mi Do, Lee Joon Hyuk, Hyun Woo, dan Hwang Bo Reum Byeol juga berlakon dalam drama ini sebagai pelakon pembantu.

The Secret Romantic Guesthouse adalah drama romantik misteri terbaru yang akan ditayangkan di Viu. Shin Ye Eun akan membawa watak sebagai Yoon Dan Oh iaitu seorang wanita yang menguruskan sebuah rumah penginapan yang diberi nama Yihwawon.

sbs secretromanticguesthouse t 10

Para tetamu di rumah tumpangan miliknya kebanyakannya terdiri daripada para sarjana, termasuklah tiga orang cendekiawan (Ryeo Woon, Kang Hoon, dan Jung Gun Joo) yang menyimpan banyak rahsia.

Apakah yang akan berlaku di The Secret Romantic Guesthouse? Sama-sama kita nantikan tayangan episod pertamanya 20 Mac ini di sini.

Delivery Man

Screenshot 2023 03 06 145828

Selalunya kan, bila kita dengar je pasal hantu ni mesti kita meremangkan? Apatah lagi nak tolong si hantu tu?

Di dalam Delivery Man, drama terbaru di Viu Original, seorang pemandu teksi yang membuka perniagaan teksi untuk hantu yang memerlukan bantuannya dan dia akan berusaha untuk menunaikan permintaan terakhir mereka itu asalkan mendapat bayaran.

Drama ini bermula apabila pemandu teksi Seo Young-min (lakonan Yoon Chan Young) di tengah-tengah syif di kubur, dia terserempak dengan hantu Kang Ji-hyun (lakonan Bang Minah).

Baca lagi: Jejaka Berbaju Melayu Di Korea. Jom Saksikan Runway In Seoul Hanya Di Viu

Baca lagi: 3 Filem Menarik Bulan Ini Di Viu, Ada Filem Aksi, Komedi Untuk Anda

delivery man yoon chan young girls day minah teaser genie tv viu

Walau bagaimanapun, apabila Kang Ji-Hyun cuba untuk berjalan meninggalkan teksi, satu kuasa misteri telah menariknya ke tempat duduk penumpang teksi itu, sekaligus telah menakutkan Young-min.

Namun, Ji-hyun tidak mengingati asal-usulnya dirinya tetapi apa yang dia tahu dia tidak boleh menahan diri bila melihat ketidakadilan berlaku dan cuba untuk meyelesaikan masalah yang berlaku.

Cerita ini lain daripada yang lain bukan? Jom la kita layan ‘Delivery Man’ ini di sini.

 

Di Viu, anda boleh layan kesemua drama dalam HD dan terdapat juga pelbagai sarikata. Langgani akaun premium untuk menonton tanpa gangguan iklan.