Home Entertainment 3 Filem Menarik Bulan Ini Di Viu, Ada Filem Aksi, Komedi Untuk...

3 Filem Menarik Bulan Ini Di Viu, Ada Filem Aksi, Komedi Untuk Anda

0

Ada sesiapa yang tengah tertekan ke? Apa yang anda selalu lakukan untuk kurangkan tekanan yang anda hadapi?

Ada orang boleh kurangkan rasa tekanan mereka dengan menonton drama-drama yang best. Tapi bagi sesetengah orang, untuk menonton drama adalah sangat panjang dan meletihkan.

Jadi jika anda inginkan sesuatu yang lebih singkat dan padat, apakata anda tonton movie yang menarik ini. Terdapat 3 K-movie yang kami ingin cadangkan kepada anda untuk bulan ini.

6/45

pemeran film korea 6 45 sub indo viu

Filem yang pertama ialah filem yang bertajuk 6/45. Untuk pengetahuan anda, filem ini telah ditayangkan pada bulan Ogos tahun lalu dan akan ditayangkan secara esklusif di Viu pada 22 Januari ini.

Ramai pelakon yang hebat-hebat di dalam filem ini. Antaranya ialah Go Kyung Pyo. Go Kyung Pyo merupakan pelakon yang hebat dengan drama yang hit seperti Potato Star dan Love Contract. Selain itu terdapat juga Lee Yi Kyung, Kwak Dong Yeon, Eum Moon Suk, Park Se Wan.

film korea 6 45 sub indo viu

Sinopsis:

Filem ini menceritakan tentang Park Cheon Woo (Go Gyung Pyo), seorang tentera Korea Selatan.  Pada suatu hari, dia mendapati dia memenangi tempat pertama dalam loteri. Dia sangat teruja, tetapi malangnya, tiket loterinya itu secara tidak sengaja telah melintasi DMZ dan memasuki kawasan Korea Utara.

Drama ini menjadi semakin menarik apabila seorang askar Korea Utara iaitu Lee Yong Ho (dilakonkan oleh Lee Yi Kyung) mengakui bahawa tiket loteri itu kini adalah miliknya dan bukan milik Cheon Woo.

Dapatkah Cheon Woo mendapatkan semula tiket loteri yang dimenanginya? Nak tahu kena la tengok filem ini di Viu 22 Januari ini.

The Goblin

xe6D0 4f

Filem kedua ini membawa genre jenayah dan aksi. The Goblin akan ditayangkan di Viu pada 22 Januari ini, jadi jangan lepaskan peluang dan marilah kita menonton filem yang mendebarkan ini minggu hadapan.

Sinopsis:

Doo Hyeon (Jo Dong Hyuk), yang dikenali sebagai “Goblin”, masuk ke penjara kerana dituduh membunuh bos mereka. Sedangkan orang yang membunuh bos mereka itu ialah Yeong Min (Lee Wan).

Selepas 10 tahun dia dibebaskan, Doo Hyeon memutuskan untuk menjalani kehidupan normal, sehingga dia mendapat tahu bahawa Yeong Min telah mengambil kesempatan daripada namanya “Goblin”.

photo1469189

Pada suatu hari Yeong Min menculik anak perempuan Doo Hyeon untuk menutup mulutnya. Berang dengan tindakan Yeong Min, Doo Hyeon membalas dendam dan mengumumkan kepulangan “Goblin” yang sebenar.

Baca lagi: Yoo Jae Suk, Jeon So Min Dan Nuksal Terlibat Dalam Blind Date Terpantas, Apa Yang Berlaku?

Baca lagi: Jung Yong Hwa Kembali Dengan Drama Komedi ‘Brain Works’ & ‘Poong, The Joseon Psychiatrist’ Ada Musim Ke-2?

Emergency Declaration

ED

Filem yang terakhir ini adalah filem yang mendebarkan. Emergency Declaration telah mendapat perhatian ramai sejak tayangannya pada 3 August 2022. Berita baik! Filem ini akan ditayangkan di Viu secara HD pada 29 Januari tahun ini.

Sinopsis:

Detektif veteran In Ho (Song Kang Ho) menerima laporan daripada seorang lelaki tentang serangan pengganas kapal terbang. Semasa menyiasat, dia mendapat tahu bahawa suspek telah menaiki KI 501, penerbangan menuju ke Hawaii.

Apabila seorang penumpang yang sihat dalam pesawat yang sama tiba-tiba meninggal dunia, panik meletus dikalangan orang yang berada di dalam kapal terbang dan juga orang yang berada di darat.

EMERGENCY DECLARATION 02

Dengan bahan api yang semakin berkurangan dan penolakan bantuan daripada antarabangsa, kapten dan anak kapal mengambil langkah kecemasan yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk menyelamatkan nyawa semua penumpang.

Dapatkah mereka menyelamatkan semua orang yang berada di pesawat itu? Kalau nak tahu apa yang berlaku dalam filem ini, jom kita set tarikh dan tonton filem ini pada 29 Januari ini.

Tak tahu nak tengok filem-filem ini dekat mana? Korang tengok je dekat sini. Dah la ada sarikata lepas tu korang boleh nikmati filem-filem ini dalam HD tau.