Home Entertainment Yoo Jae Suk, Jeon So Min Dan Nuksal Terlibat Dalam Blind Date...

Yoo Jae Suk, Jeon So Min Dan Nuksal Terlibat Dalam Blind Date Terpantas, Apa Yang Berlaku?

0

Dalam dunia moden yang sangat sibuk, golongan muda nampaknya menjalani kehidupan yang sempurna. Mereka mempunyai rupa yang tampan dan bakat yang luar biasa, tetapi mereka nampaknya tidak mempunyai masa untuk dating!

Dan tidak lain dan tidak bukan, program ‘The Skip Dating’ adalah rancangan yang sangat sesuai untuk para lelaki dan wanita muda moden yang sibuk dengan aktiviti harian mereka tetapi masih ingin bercinta dan mempunyai pasangan.

The Skip Dating (2022) - MyDramaList

The Skip Dating ialah rancangan ‘blind date’ yang menampilkan 4 lelaki bujang dan 4 wanita bujang dan ianya akan berlangsung selama sehari sahaja.

Setiap orang akan diberi peluang untuk bercakap dan berinteraksi dengan seorang peserta yang berlainan jantina pada satu-satu masa.

Sekiranya peserta ingin menyatakan minat mereka, mereka akan menekan butang ‘heart’. Tetapi, jika perbualan antara mereka tidak berjalan begitu lancar, mereka akan terus menekan butang langkau ataupun skip dan dengan serta-merta mereka akan beralih ke peserta yang seterusnya.

Skip - Skip Dating (2022) Episode 3 English Sub - Bilibili

Apa yang lebih menarik ialah, Yoo Jae Suk, Jeon So Min, dan Nuksal, merupakan hos rancangan ini. Sudah pastinya program ini akan menjadi lebih meriah dan menarik dengan kehadiran ketiga- tiga hos terkenal ini.

Pada pendapat anda, apakah reaksi Yoo Jae Suk, Jeon So Min dan Nuksal terhadap format temu janji pantas ini ya?

Baca lagi: Tamat Sudah Siri Ini Dengan Rating Tertinggi, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton Reborn Rich Lakonan Song Joong Ki- Let’s Viu Reborn Rich

Baca lagi: Apa Yang Menarik di Viu Sepanjang Tahun 2022

Tertanya-tanya mana nak tengok rancangan realiti yang lain daripada yang lain ni? Korang tengok ‘The Skip Dating’ ni dekat sini tau. Jangan risau subtitle dah sedia ada dan korang boleh layan rancangan ni secara HD.