Home VIU Apa Yang Menarik di Viu Sepanjang Tahun 2022

Apa Yang Menarik di Viu Sepanjang Tahun 2022

0

2022 dah nak sampai ke penghujungnya gais! Pelbagai drama dikeluarkan pada tahun ini daripada pelbagai negara. Viu tidak ketinggalan menyajikan drama-drama bertaraf lima bintang kepada kaki drama di Malaysia dan luar negara tau! Drama yang dibawa khas oleh Viu di dalam aplikasi mereka, dibarisi oleh pelakon-pelakon ternama dan mestilah drama tersebut menarik! 

The Warp Effect 

Drama komedi yang berasal daripada Thailand ini menceritakan tentang remaja pemalu berumur 17 tahun, Alex, satu-satunya teruna di antara kumpulan kawannya. Alex mecuba berkali-kali untuk menghilangkan terunanya namun gagal.

download 2

Suatu hari dia bangun dan mendapati dirinya berada dalam persekitaran yang tidak dikenali di mana dia bukan lagi teruna, malah dia adalah seorang pakar dalam hubungan seksual yang bekerja sebagai seorang doktor pakar sakit puan. Bagaimanapun rakan-rakan lamanya membencinya atas sebab yang tidak diketahui dan menjadi rapat dengan rakan baru. Selain itu, set imej misteri muncul yang dikatakan mungkin memberi petunjuk kepada apa yang berlaku terhadap transformasi ini. Bolehkah Alex menyelesaikan pertengkaran dengan rakan lamanya dan menyelesaikan misteri foto itu?

Monstrous 

Merupakan drama Korea terbaru yang mengisahkan tentang Jung Ki-hoon, seorang arkeologi yang mempunyai keistimewaan memburu hantu sehingga terjadi satu perkara ini yang telah mengubah hidup beliau. Jung Ki-hoon kemudian menerbitkan majalan ‘Monthly Strange Story’ sambil mengendalikan rancangan di Youtube miliknya. 

Rop8R 4f

Sehingga la satu hari, dia telah pergi ke Kabupaten Jinyang yang mempunyai fenomena Gwibuk yang begitu aneh dan menakutka.Kerana bekas isterinya Lee Soo-Jin (Shin Hyun-Bin), dia pergi ke Daerah Jinyang dan menyelidik “Gwibul” (patung Buddha yang dirasuk roh jahat). Di sana, dia menghadapi fenomena yang sangat pelik & menakutkan.

She Was Pretty 

Sinopsis She Was Pretty Malaysia berkisar tentang dua watak utama yang penting iaitu Haniff dan Nadia. Haniff dan Nadia adalah kenalan rapat sewaktu zaman kanak-kanak. Persahabatan dan pautan perasaan antara mereka berdua tidak kekal lama apabila Nadia tiba-tiba menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi. Hubungan antara Haniff dan Nadia langsung terputus begitu sahaja. 

Nadia Haniff

Takdir akhirnya menemukan mereka berdua kembali apabi\la Nadia mendapati Haniff ialah bosnya di majalah fesyen di mana dia bekerja (The Most). Nadia bergelut untuk mengekalkan rahsia identitinya, pertemuan yang tidak dijangka dan penuh dengan helah yang memakan diri. Nadia kini tidak semanis  dan secantik seperti waktu kecilnya dulu. Gadis itu berasa malu untuk bertemu muka dengan Haniff. 

Nadia

Tanpa memikirkan natijah yang bakal berlaku, Nadia meminta pertolongan rakannya. Nadia meminta Kejora untuk berpura-pura menjadi Nadia di depan Haniff. Kejora adalah seorang gadis cantik idaman ramai. Suasana menjadi huru-hara apabila penipuan yang hanya dirancang untuk dilakukan sekali sahaja itu terpaksa diteruskan apabila Nadia mendapat tahu bahawa dia bakal menjadi orang bawahan Haniff. Haniff kini menjadi ketua di tempat kerja Nadia. 

Lama kelamaan perasaan Nadia terhadap Haniff muncul kembali, tapi sukar baginya untuk berterus-terang tentang perasaanya dan tentang siapakah dirinya yang sebenar. Pada masa yang sama, Kejora juga telah mula menyimpan perasaan kepada Haniff. Nadia juga menemui seorang rakan rapat di tempat kerjanya, Ashraf yang mula jatuh cinta dengannya. 

Pergelutan antara cinta dan persahabatan mula timbul untuk Nadia dan Kejora, tapi yang mana satu menjadi pilihan mereka. Bagaimanakah akhirnya kisah percintaan dan persahabatan ini? Siapakah yang bakal berjaya menawan hati Haniff dan siapakah yang bakal dikecewakan? 

Janda Si Ayob  

Telefilem komedi ini mengisahkan tentang Zaleha yang mencari calon suami baru setelah bercerai dengan Ayob. Mak Melur mengajar Zaleha cara-cara untuk menggoda lelaki serta menyusun beberapa temujanji untuk Zaleha dengan lelaki-lelaki yang bakal menjadi suaminya.

Janda Si Ayob

Adakah berhasil Zaleha menemui calon suami dengan bantuan Mak Melur? Korang wajib tonton cerita ni kalau nak tahu kesudahnnya tau!

Military Prosecutor Doberman 

Military Prosecutor Doberman merupakan sebuah kdrama yang berkisarkan tentang undang-undang, ketenteraan serta politik. Memfokuskan bagaimana dua individu berbeza yang memasuki bidang yang sama namun mempunyai tujuan berbeza demi mencapai matlamat mereka.

download 1 1

Do Bae-man, dari seorang remaja yang tidak pernah ambil serius masa depannya akhirnya diambil menjadi Pendakwa raya tentera demi duit dan kemasyhuran. Berlainan pula dengan Cha Woo-in yang merupakan dari anak seorang konglomerat yang memasuki bidang sama ini kerana ingin membalas dendam. Pada awalnya, Do Bae-man dan Cha Woo-in yang bekerja di pejabat yang sama saling menunjukkan keegoan masing-masing kerana Bae-man terkenal dengan sikapnya yang bercita-cita tinggi, sedangkan Woo-in seorang wanita yang tegas dan berpendirian teguh. Namun tidak lama selepas itu, mereka berdua bergandingan dan bekerjasama memerangi kejahatan dan korupsi yang berlaku di negara mereka. Apakah kesudahan daripada kdrama ini? 

Jangan lupa tontoni kesemua drama-drama Let’s Viu 2022, aktifkan langganan premium untuk aplikasi Viu anda bagi memastikan anda menonton drama tanpa gangguan di aplikasi Viu.