Home VIU Hilang? Apa Yang Hilang? Let’s Viu Hilang

Hilang? Apa Yang Hilang? Let’s Viu Hilang

0

Buat peminat drama tempatan, sudah semestinya mereka mahukan drama yang lain daripada yang lain, bosan dengan jalan cerita sama, kalau tak pasal cinta, pasal rampas harta la! Ha meh sini baca sikit pasal drama Viu Original, Hilang ni! Sebelum tu, penulis memang nak puji sikit la, drama yang diterbitkan oleh Viu Original semua nya berkualiti tau dan jalan cerita memang lain daripada yang lain. Buat penonton sentiasa tertunggu-tunggu untuk episod seterusnya. Hilang merupakan siri Viu Original terbaru arahan Ghaz Abu Bakar dan Sein yang mempunyai jalan cerita yang unik dan menarik untuk diikuti. Menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Siti Salehah, Aqasha, Khir Rahman, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi. Korang boleh menonton siri misteri dan thriller 10 episod ini di aplikasi Viu.

Hilang

Hilang mengisahkan tentang kehilangan seorang remaja warga asing di pekan kecil Kampung Seri Daik yang membawa Inspektor Munir kembali ke tempat kelahiran yang ditinggalkannya 17 tahun lalu. Dia bertemu dengan Ustaz Yusof, seorang ustaz dan rakan lamanya yang dituduh sebagai punca kematian adiknya. Yusof percaya penjenayah yang mereka cari mungkin bukan dari dunia ini, apabila seorang lagi remaja hilang secara misteri. 

Apakah kesudahan drama ini? Jalan cerita pun dah menarik, korang mesti tertunggu-tunggu pengakhiran nya kan? Korang dah boleh tonton drama ini secara marathon sebab drama ini baru sahaja melabuhkan tirai nya pada 15 Disember 2022 yang lalu, jadi korang yang jenis suka tengok cerita dan tidak suka menunggu episod seterusnya, boleh la ‘binge watching’ drama ini di aplikasi Viu Malaysia. 

1166071046 2

Aip! Sebelum tu jangan lupa langgani pakej premium Viu untuk menonton drama Hilang tanpa gangguan iklan, nanti stress pulak banyak-banyak iklan! Haa apa tunggu lagi, jom ‘binge watch’ dan hilang bersama!