Home Entertainment Jung Yong Hwa Kembali Dengan Drama Komedi ‘Brain Works’ & ‘Poong, The...

Jung Yong Hwa Kembali Dengan Drama Komedi ‘Brain Works’ & ‘Poong, The Joseon Psychiatrist’ Ada Musim Ke-2?

0

Selamat Tahun Baru 2023. Sudah memasuki tahun baru ini pasti korang tercari cari drama yang best untuk ditonton kan.

Di Viu terdapat pelbagai drama terbaru yang disiarkan sepanjang masa untuk korang semua. Jom kita baca review dua drama baru yang menarik ini.

Brain Work

2022 12 22 Static Brain Works Poster 01

Sukakan drama yang bertemakan penyiasatan dengan plot menarik tetapi mahukan sesuatu yang santai. Drama terbaru yang mengangkat genre misteri komedi Brain Work adalah drama yang tepat untuk anda.

Drama ini merupakan gandingan pertama ahli kumpulan CNBLUE dan pelakon, Jung Yong Hwa bersama pelakon berpengalaman Cha Tae Hyun.

Brain Work mengisahkan dua lelaki yang berlainan karakter terpaksa bekerja sama untuk menyelesaikan kes jenayah bunuh yang berkaitan dengan penyakit yang melibatkan otak yang jarang berlaku.

Screenshot 2023 01 12 165221
Shin Ha Ru (Jung Yong Hwa) bekerja sebagai pakar neurologi dan mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dan berasal daripada keluarga yang kaya dengan harta pusaka.

Shin Ha Ru adalah seorang yang yakin akan dirinya dalam bercakap dan bertindak, namun dia tidak mempunyai belas kasihan dan empati kepada orang sekelilingnya terutama orang yang dianggapnya sebagai sampah.

Screenshot 2023 01 12 165436

Berbeza dengan Geum Myung Se (Cha Tae Hyun) yang bekerja sebagai detektif. Dia sentiasa berpenampilan dan berkelakuan seperti di dalam mood yang tidak ambil kisah sehingga mereka yang tidak mengenalinya menganggap dia sebagai polis korup.

Pada hakikatnya Geum Myung Se adalah seorang detektif yang baik hati, bertimbang rasa dan sentiasa menengakkan kebenaran.

Screenshot 2023 01 12 165313

Dengan karakter yang berbeza, mereka selalu bertengkar walhal untuk perkara yang kecil. Sehingga mereka selalu menolak untuk bekerjasama. Pasti anda akan tercuit hati melihat kerenah mereka berdua.

Dapatkah mereka bekerjasama demi mencari pembunuh misteri itu? Kena sama-sama tengok dekat sini lah. 

Poong, The Joseon Psychiatrist 2

2022 01 03 Static Poong The Joseon Psychiatrist 2 Poster 02

Berita gembira untuk peminat drama Poong, The Joseon Psychiatrist kerana drama ini telah mengumumkan musim keduanya. Drama ini merupakan sambungan daripada musim pertama dengan tajuk yang sama. 

Bagi mereka yang tidak pernah menonton drama ini, ia mengisahkan Yoo Se Poong (Kim Min Jae) yang merupakan doktor diraja yang dikenali ramai sebelum dirinya dihalau keluar daripada istana kerana terperangkap dalam konspirasi di dalam keluarga diraja. 

2022 01 03 Static Poong The Joseon Psychiatrist 2 Poster 01

Dengan tiada tempat untuk dituju Yoo Se Poong menemui dirinya berada di perkampungan Gyesu. Di perkampungan itu dia bertemu dengan Seo Eun Woo (Kim Hyang Gi) dan Gye Ji Han (Kim Sang Kyung) yang membantu misinya untuk menjadi doktor yang sejati.

Di klinik perkampungan Gyesu, Yoo Se Poong mula mempelajari cara bukan sahaja untuk merawat badan fizikal pesakitnya tetapi hati dan minda mereka juga. 

Namun di musim kedua ini Yoo Se Poong terpaksa menghadapi cabaran apabila masa silamnya kembali menghantuinya. Yoo Se Poong bersama rakan rakan barunya itu terpaksa pulang ke ibu kota.

Baca lagi: Hilang? Apa Yang Hilang? Let’s Viu Hilang

Baca lagi: Tamat Sudah Siri Ini Dengan Rating Tertinggi, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton Reborn Rich Lakonan Song Joong Ki- Let’s Viu Reborn Rich

Screenshot 2023 01 12 165553

Cabaran baru apa pula yang bakal dihadapi Yoo Se Poong dan rakan rakannya kali ini? Jomlah kita sama-sama tengok ‘Poong, The Joseon Psychiatrist’ musim ke-2 ini di sini.

Apa lagi saksikan kesemua drama-drama dan rancangan variasi Korea ini hanya di aplikasi Viu dan langgan pek premium untuk menikmati rancangan tontonan anda tanpa gangguan!