Home Entertainment Kdrama Sci-Fi Terbaru The Story of Park’s Marriage Contract

Kdrama Sci-Fi Terbaru The Story of Park’s Marriage Contract

0

The Story of Park’s Marriage Contract
5 fakta drama siri terbaru The Story of Park’s Marriage Contract yang menyaksikan Bae In
Hyuk membuat comeback!

C16B5BE0 34AF 494A B0F2 F2DD537EF780

Nampaknya dua orang pelakon drama siri Under the Queen’s Umbrella bersatu kembali dalam drama terbaru ini!!

7F9BC0CB 2186 4FAC BC2E 1D21BEA1C152Bae In Hyuk telah disahkan terpilih sebagai watak utama untuk drama siri yang bertemakan pengembaraan masa yang bertajuk The Story of Park’s Marriage Contract. Projek ini akan menjadi drama baru yang dilakonkan oleh Bae In Hyuk selepas muncul dalam drama siri Cheer Up (2022).

99C5C982 6769 4472 A632 C7F8E77FF6DAPengesahan tentang penglibatan Lee Se Young kemudian menyusul pada 21 Mac 2023. Dalam drama siri ini, Lee Se Young akan berada di dua zaman berbeza iaitu zaman Joseon dan juga moden.

Baca Lagi: Lee Sang Yoon Raja Watak Curang Dan Pasangan Paling Serasi

Jom semak beberapa fakta menarik mengenai drama siri ini.

1. Diadaptasi dari webnovel
The Story of Park’s Marriage Contract adalah drama siri yang diadaptasi dari webnovel berjudul sama karya Kim Neo Wool. Ceritanya akan diserikan dengan kisah romantik dan komedi tentang wanita Joseon yang tiba-tiba mengembara ke zaman moden.

Lee Se Young dipilih sebagai pelakon utama yang membawa watak sebagai Park Yeon Woo. Pihak penerbitan menyatakan bahawa dia adalah pelakon wanita yang sangat sesuai dengan watak tersebut dan meminta para peminat untuk menantikan penampilannya dalam drama terbaru ini.

43957705 C708 45BF A412 E9144D15A074

2. Watak Lee Se Young
Watak Park Yeon Woo yang dibawakan oleh Lee Se Young merupakan seseorang yang hidup pada abad ke-19 di era Joseon. Pada malam pertama perkahwinannya, Park Yeon Woo kehilangan suami tercinta akibat sakit jantung.

Dia kemudian diculik dan ditolak ke dalam telaga oleh individu yang tidak dikenalinya dan terus tercampak 200 tahun ke depan, dia berada di tahun 2023. Park Yeon Woo bertemu dengan Kang Tae Ha yang mirip dengan suaminya dan terjebak dengan perkahwinan kontrak dengan lelaki tersebut.

3. Watak Bae In Hyuk
Bae In Hyuk bakal melakonkan karakter Kang Tae Ha dalam drama ini. Pada awalnya dia mahu membujang seumur hidup, tetapi kemudian Kang Tae Ha berkahwin secara kontrak dengan Park Yeon Woo (Lee Se Young).

Dalam webnovel , Kang Tae Ha merancang perkahwinan palsu demi datuknya. Namun, wanita yang akan dikahwininya mengalami kemalangan. Takdir menemukan dia dengan Park Yeon Woo.

4. Watak Yoo Seon Ho
Yoo Seon Ho juga bakal bergandingan dengan pelakon-pelakon lain dalam drama siri ini. Projek ini akan menjadi gabungan semula bersama Bae In Hyuk. Kedua-duanya juga bakal membawa watak sebagai adik beradik, tetapi bukan saudara kandung seperti dalam drama Under the Queen’s Umbrella (2022). Yoo Seon Ho membawa watak sebagai saudara tiri Kang Tae Ha (Bae In Hyuk) yang bernama Kang Tae Min.

5. Tarikh siaran
Bagi anda yang merasa tertarik dengan cerita dan senarai pelakonnya, diharapkan boleh bersabar sedikit lagi! Drama siri The Story of Park’s Marriage Contract dikhabarkan akan disiarkan pada separuh kedua tahun 2023. Mungkin sahaja bulan September 2023!

Baca Juga: Tidak Hanya Lelaki, Perempuan Juga Sanggup Curang Dengan Pasangan