Home Entertainment “Hey, Nak Jadi Pelakon?” Christian Lagahit Buka Cerita Tentang Detik Awalnya Berlakon...

“Hey, Nak Jadi Pelakon?” Christian Lagahit Buka Cerita Tentang Detik Awalnya Berlakon Di Korea

0

“Saya mula benda ni sejak 2016 ketika seorang pengurus warga Korea jumpa saya di set.

“Penglibatan awal saya ni pelik jugalah sebab asalnya saya pergi studio tu cuma untuk teman kawan dan support mereka serta cuci mata tengok selebriti Korea.

“Bukan niat asal saya untuk terlibat dalam produksi itu sejujurnya.” kata Christian Lagahit, pelakon Filipina yang baru-baru ini membintangi Squid Game sebagai pemain No.276.

Dalam satu temu bual bersama Asian Boss, aktor tersebut buka cerita tentang pengalamannya berlakon di Korea Selatan.

mmm 1

Pintu rezekinya dalam dunia skrin terbuka apabila seorang pengarah tersilap orang dan menyangkanya sebagai pelakon semasa Chris berada di studio itu.

“Tiba-tiba je pengarah drama Korea tu datang menjerit kat saya, dan tanya, ‘Dah kenapa kau kat sini dan bukan di set?’

“Saya pun jawablah, ‘Eh, bukan… saya bukan sebahagian daripada produksi ini. Saya di sini cuma sebagai kawan.’

“Itu drama Korea dan nampaknya mereka perlukan foreigner, khususnya rupa Asia Tenggara di set itu. Selepas itu, manager datang kat saya dan tanya dalam bahasa Inggeris, ‘Hey, do you want to be an actor?’

unnamed 22

Pada mulanya Chris tolak tawaran staff tersebut sebab semuanya berlaku tiba-tiba, tak sempat otaknya nak proses. Bagaimanapun respons daripada staff itu membuatnya lebih bersemangat dan nak cuba perkara baru.

“Masih segar di ingatan saya tentang soalannya itu. Bila saya kata ‘No, saya tak nampak diri saya berlakon.’

“Dia berkata, ‘Well, kenapa kamu tak cuba je?’

“Dan saya pun, ‘Yeah, tak mati pun kalau cuba jadi jom buat.’

Sejak itu, Chris membintangi hampir 100 K-Drama dan K-Movies termasuk Squid Game, Space Sweepers, Crash Landing on You, Miss Lee, The Negotiation, dan banyak lagi.

“Untuk drama Korea, saya rasa sudah lebih 60 manakala filem pula lebih kurang 20-30 termasuk projek terkini.” ujar Christian Lagahit.

Anda mungkin berminat untuk baca lagi kehidupan Chris sebagai seorang foreigner di Korea Selatan:

“Dia Baling Kubis Pada Muka Saya…”- Pelakon Filipina Christian Lagahit Cerita Diskriminasi Dia Lalui Di Korea Selatan

Sumber: [1], [2]