Home News “Luluh hati saya apabila mendengar berita itu..” – gara-gara pakai kostum Tony...

“Luluh hati saya apabila mendengar berita itu..” – gara-gara pakai kostum Tony Stark…

0

Seorang ibu meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui anaknya yang berusia 10 tahun dibuli di pesta Halloween di sekolahnya kerana mengenakan kostum Iron Man.

Sebelum menghantar anaknya, Evan, ke pesta tersebut, Jill Struckman telah berkongsi foto kanak-kanak tersebut yang berpakaian seperti Tony Stark iaitu watak yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr. dalam filem Marvel.

Evan kelihatan gembira sambil menyarungkan kot dan cermin mata khas watak itu bersama janggut yang dilukis.

Bagaimanapun, Jill menerima panggilan telefon yang menyentuh hatinya hanya 20 minit selepas menghantar Evan ke sekolah.

“Mereka berkata, ‘Evan di sini dengan kami dan dia benar-benar kecewa’. Luluh hati saya apabila mendengar berita itu,” katanya.

Selepas bercakap dengan Evan melalui telefon, Jill menjemput anaknya dan mendapati kanak-kanak itu telah membersihkan solekan ala Tony Stark pada wajahnya.

Evan mendedahkan beberapa orang kanak-kanak memberitahu bahawa dia kelihatan bodoh dan semua orang akan mengejeknya.

“Evan berkali-kali memohon maaf kerana memadam solekan dan berkata, ‘kita bekerja keras untuk solekan itu’. Dia benar-benar berfikir tentang perasaan saya,” kata Jill.

Selepas minum dan berbual, Jill bertanya kepada Evan sama ada dia mahu kembali ke majlis itu dan dia mengangguk.

Jill berkata Evan berasa sedikit takut untuk berjalan kembali ke sekolah selepas dia disolek semula, tetapi hari tersebut berakhir dengan baik.

“Jika dia tidak kembali, itu akan mematahkan semangatnya. Dia berbangga dengan dirinya sendiri dan benar-benar detik yang penting dalam hidupnya”

“Terima kasih untuk sokongan yang diberikan. Saya sangat menghargai anda semua,” tulisnya dalam satu perkongsian di Facebook.

Catatan mengenai kisah buli itu yang dimuat naik di Facebook dan keberanian Evan telah dikongsi beribu kali dan kini kanak-kanak tersebut mempunyai peminat di seluruh dunia. – MIRROR