Home Entertainment Pencipta ‘Squid Game’ Respons Balik Pada Kritikan Lebron James, Memang Padu Ayatnya...

Pencipta ‘Squid Game’ Respons Balik Pada Kritikan Lebron James, Memang Padu Ayatnya Kali Ini

0

Artikel ini mengandungi spoiler

Tragedi Oktober menimpa naskhah terlaris Netflix, Squid Game apabila pertengahan bulan lalu pemain bola keranjang Amerika, LeBron James menyuarakan tak puas hati tentang penamat siri survival itu dalam satu temu bual selepas perlawanan.

“Yeah, saya dah habiskannya. Adakah kamu dah habiskannya? Dah tengok? Dah siap? Yeah, saya tak sukakan ending dia. Tak, saya tahu mereka nak mula dengan musim kedua, tapi naiklah flight tu, pergi jumpa anak perempuan kau, bro. Like, kau buat apa ni?”

Spoiler: Squid Game ditamatkan dengan watak utama tak jadi terbang ke Amerika untuk jumpa anak perempuannya sebaliknya nak balas dendam kepada pihak yang paksanya untuk hadap kegilaan game kematian tersebut.

unnamed 1 2

Suara tak puas hati LeBron James mendapat respons berapi daripada Hwang Dong Hyuk. Semasa ditemu bual dengan The Guardian, dia dilaporkan ‘tergelak kecil’ sebelum membalas, “Kamu pernah tengok Space Jam 2?” (Filem lakonan LeBron James yang merupakan sequel kepada Space Jam tahun 1996)

Kemudian Hwang pertahankan pendiriannya tentang penamat Squid Game:

“LeBron James memang cool dan boleh berkata apa saja yang dia nak. Saya hormat tu. Saya sangat berterima kasih dia tonton keseluruhan siri ini. Namun saya tak akan tukar my ending. Itu ending saya.

Kalau dia nak ending yang boleh puaskan hatinya, mungkin dia boleh buat sequel sendiri. Saya akan tengok dan mungkin hantar mesej cakap, ‘Saya suka keseluruhan cerita anda, kecuali penamatnya.”

unnamed 21

Terus LeBron James berkicau tentang komen Hwang itu di Twitter, “This can’t be real kan??!! Saya harap tak.”

Dalam satu temu bual Hwang bersama Variety, difahamkan tiada perancangan terdekat untuk buat sambungan siri ini.

unnamed 2 3

Untuk menyiapkan Squid Game 1 ini saja Hwang teguk setengah botol Soju semasa menulis supaya idea kreatif mengalir deras dan semacam tak berminat untuk mengulang proses yang sukar itu.  Kalau nak buat juga kena ada sepasukan penulis dan pengarah berpengalaman.

Sumber: [1],[2]