Home Entertainment 5 Selebriti Korea Yang Paparazzi Dispatch ‘Putus Asa’ Nak Bongkar Skandal

5 Selebriti Korea Yang Paparazzi Dispatch ‘Putus Asa’ Nak Bongkar Skandal

0

Dispatch merupakan paparazzi dan pemain media paling digeruni penggiat dunia hiburan K-pop dan dipercayai netizen.

Hal ini kerana agensi berita ini bukan saja-saja tiup khabar angin tetapi memang cari bukti sampai ke lubang cacing. Sudah beratus skandal atau status perhubungan selebriti yang dibongkarnya.

Namun ada juga selebriti yang mereka tersekat untuk menyuluh spotlight kerana jika orang lain kerja untuk hidup, ada anak seni yang hidupnya untuk kerja sehingga tiada masa untuk sakit kepala bikin kontroversi. Antara artis itu adalah:

1. BTS

R1352 FEA BTS A Opener

Bukan mudah Dispatch nak korek isu peribadi BTS kerana anggota kumpulan paling hit ini selalu bertujuh bersama. Mereka juga hanya fokus pada kerja dan jadual padat sehingga tiada masa untuk ada skandal. Apabila ada kelapangan, mereka hanya melawat keluarga masing-masing atau lepak sesama anggota band mereka.

2. Apink

1200px 180708 Sangam Fan Signing Apink

Kumpulan K-pop lain yang bukan target Dispatch adalah Apink kerana kumpulan penyanyi wanita ini juga hanya bagi perhatian terhadap kerja mereka. Kebanyakan masa gadis-gadis ini habiskan masa bersama di asrama atau ikut schedule.

Rutin kehidupan sebegini mungkin membosankan bagi paparazzi Dispatch, malah mereka pernah mengekori Son Naeun dan nampak dia bersendirian di café, ingatkan dating dengan siapa-siapa ke, sebaliknya member-member band dia yang datang bawa bingsu (ais parut).

3. Kim Jong Kook

1287431

Selain muzik, superstar ini turut mencipta nama dan bakat sebagai penghibur dalam variety show. Dengan tubuhnya yang sasa itu, satu dunia tahu Jong Kook banyak habiskan masa dengan kerja dan work out. Malah ada peminat kata Jong Kook banyak duduk di gym daripada rumah sendiri.

Dalam satu kenyataannya di Twitter, Dispatch sendiri pun was-was betul ke Jong Kook nak cari calon pasangan semasa bintang Running Man itu mengumumkan dia nak bercinta.

4. Seohyun Girls’ Generation

1624872220 ev78ighveae4iao

Seohyun diakui dalam dunia hiburan Korea sebagai seorang yang rajin, ikhlas dan gila kerja. Rutin hariannya berulang-ulang antara balik rumah-kerja-rumah-kerja yang membuatkan Dispatch malas nak cari apa-apa gosip tentangnya.

5. Taemin SHINee

83352 16224416922093 800

Seperti anggota termuda BTS, maknae SHINee ini juga antara selebriti yang jadi buruan paparazzi. Namun disebabkan dia lebih banyak melepak bersama bandmate dan kawan baiknya, Kai menyebabkan Dispatch berhenti mengejarnya.

Sumber: [1]