Home Lifestyle “Dia Baling Kubis Pada Muka Saya…”- Pelakon Filipina Christian Lagahit Cerita Diskriminasi...

“Dia Baling Kubis Pada Muka Saya…”- Pelakon Filipina Christian Lagahit Cerita Diskriminasi Dia Lalui Di Korea Selatan

0

Pelakon Squid Game Filipina, Christian Lagahit atau lebih dikenali sebagai Pemain No.276 baru-baru ini ditemu bual oleh Asian Boss. Dia buka cerita tentang diskriminasi dan paling rasis yang pernah dialaminya sebagai seorang foreigner termasuk satu insiden menyedihkan di dalam bas.

unnamed 20

Beberapa tahun lepas, dia naik bas kampung kecil yang padat dengan manusia. Itu bas terakhir dan dia duduk belakang. Memandangkan bas itu sangat kecil, hanya beberapa penumpang sahaja yang dapat duduk manakala yang lain kena berdiri.

Kemudian dia perasan ada seorang wanita dalam lingkungan umur 50-an merenung ke arahnya. Pada mulanya Lagahit buat tak kisah. Namun beberapa minit kemudian tak semena-mena sebiji kubis melayang kena mukanya.

“Mula-mula saya tak bagi perhatian sebab saya ingat dia cuma tengok sekumpulan pelajar lelaki kat depan saya tu. Beberapa minit berlalu, terkejut saya bila ada sesuatu terkena muka saya. Dia baling kubis kat muka saya- tepat pada wajah saya.” kata Lagahit.

lllll 1

Dengan penuh keliru, lelaki Filipina tersebut tanya wanita berkenaan kenapa baling kubis kat dia. Apa yang paling menyayat hatinya adalah tiada seorang pun yang mempertahankannya walaupun dia dikelilingi orang ramai.

“Lepas tu saya tanyalah, ‘Maaf, apa dah berlaku sebenarnya? Kenapa puan baling kubis ni kat saya?’ Paling sedih bila tiada siapa pun mempedulikan saya. Ramai orang di dalam bas, penuh tapi seorang pun tak ada untuk bantu saya.” — Christian Lagahit

dddd 2

Wanita yang menyerangnya tadi cuma senyap. Kemudian ada orang lain yang terangkan kepada Lagahit tentang niat wanita itu yang mahukan dia keluar dari bas sebab percaya yang hanya orang Korea berhak guna bas itu.

Apabila Lagahit tunjuk yang tiada bas eksklusif untuk bukan foreigner, wanita itu tetap berkeras suruh dia keluar.

“Sebab saya bukan orang Korea, dan bas tu cuma untuk orang Korea. Tapi mana ada benda macam bas foreigner di Korea. Perempuan tu kata, ‘Kamu mesti keluar.’” — Christian Lagahit

gghjj

Lagahit hanya mampu menahan sebak dalam hati. Perkara terburuk baginya bukanlah kubis yang dilemparkan atas mukanya tetapi manusia-manusia yang memilih untuk berpura-pura tidak perasan akan ketidakadilan yang berlaku di sekeliling mereka.

“Dan saya menangis dalam hati. Saya tak boleh buat apa lagi. Saya tak boleh kompelin, tapi apa yang saya tak faham adalah terdapat beberapa penumpang lain di dalam bas kecil itu. Saya rasa teruk sangat bila tiada orang tolong.” — Christian Lagahit

Wanita rasis tadi tidak hanya menyerangnya secara fizikal tetapi juga mulut. Semasa Lagahit duduk kebingungan di dalam bas, wanita itu keluar dari bas sebelumnya sambil berteriak semua orang asing di Korea ni “jahat”.

“Bila dia nak turun dari bas, dia masih jerit ‘Semua pendatang asing di Korea ni orang jahat!’ Saya masih ingat kata-katanya itu.”

Itulah pengalaman yang Christian Lagahit tidak boleh lupa.

Sumber: [1], [2]