Chocolate Truffle berbentuk kiub jenama Royce’ dari Jepun ini amat popular, pernah viral dan agak mahal. Harganya untuk sekotak lebih kurang RM 50++.

Selain itu, coklat ini turut pernah membintangi K-Drama ‘Strong Woman Do Bong-soon’ sebagai product placement yang ditaja Royce’.

Berikut resepi coklat truffle atau lebih dikenali sebagai coklat Nama versi jimat dan homemade yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @nrlchyain:

Bahan-bahan:

1/2 tin susu pekat manis

1 ΒΌ cawan serbuk koko

Cara-cara:

  1. Hidupkan api dan didihkan susu pekat manis sampai berbuih lepas tu angkat.
  2. Tuangkan dan gaulkan serbuk koko ke dalam susu sejat tadi sementara masih panas.
  3. Selepas gaul, dia akan keras sikit.
  4. Ratakannya di dalam bekas beralas plastik dan keraskan lagi dengan letak di dalam peti sejuk selama 2 jam.
  5. Bila dah keras, letak di atas taburan serbuk koko dan potong kecil-kecil.
  6. Tabur serbuk koko di atasnya untuk pusingan pertama.
  7. Apabila sudah bersalut coklat, tabur sekali lagi.

 

Previous articleIni Wajah Terkini Hero & Heroin Drama ‘Winter Sonata’ Yang Pernah Jadi Fenomena
Next article“Dia Baling Kubis Pada Muka Saya…”- Pelakon Filipina Christian Lagahit Cerita Diskriminasi Dia Lalui Di Korea Selatan