Secara tradisinya bagi ibu-ibu keturunan Korea, tiga minggu hingga 100 hari selepas bersalin dianggap tempoh kritikal untuk kekal sihat sepanjang hayat.

baby feet

Menurut The Korea Times & Korea Herald, antara cara wanita Korea ini berpantang adalah:

1. Selepas bersalin, wanita Korea dinasihatkan tak mandi untuk seminggu atau lebih. Sentuh air sejuk pun tak boleh.

2. Kena pakai baju lengan panjang untuk menghangatkan tubuh walaupun musim panas.

3. Tak boleh keluar rumah melainkan curi-curi dan tak kena tangkap dengan mak atau nenek kepada bayi.

4. Tak boleh buat kerja berat-berat

5. Makan miyeokguk, atau sup rumpai laut tiga kali sehari selama berbulan-bulan

6. Dalam tempoh tiga minggu, pelawat tidak dibenarkan sekalipun keluarga mentua bersemangat nak tengok ahli baru kerana bimbang sistem pertahanan tubuh si ibu dan bayi masih belum stabil dan terkena jangkitan kuman.

Meskipun amalan yang dipanggil sanhujori ini tidak dibuktikan secara saintifik efektif, ibu-ibu muda masih mengikuti petua tradisional ini.

BCC0102 1

Sanhujoriwon: Pusat Jagaan Selepas Bersalin

Di Korea Selatan, terdapat pusat penjagaan ibu & bayi selepas bersalin yang dipanggil sanhujoriwon. Pusat yang menyediakan servis sanhujori ini tumbuh seperti cendawan kerana mendapat permintaan tinggi dan dianggap reward selepas berjam-jam menahan sakit bersalin.

Ibu-ibu di pusat tersebut akan disediakan khidmat 24 jam seperti di hotel seperti urutan badan, rawatan kuilt, program pendidikan seperti penggubahan bunga, penjagaan anak dan terapi ketawa untuk elak kemurungan atau meroyan.

birthcare center7

Makanan dan snek disediakan menggunakan bahan-bahan organik. Penjagaan bayi juga 24/7 di mana jururawat dan pembantu sentiasa standby untuk mandikan, bagi makan dan memeriksa kondisi bayi.

Apa yang ibu-ibu muda suka tentang pusat jagaan ini adalah mereka diberi ruang dan masa untuk berehat tanpa perlu berjaga malam untuk pujuk baby menangis.

south korea woman postpartum care
‘Mommy tengah rileks, sayang’

Namun bukan semua ibu-ibu mampu memanjakan diri di pusat jagaan selepas bersalin mewah dan sepenuh masa ini. Bayarannya berbeza mengikut tempat sama ada di bandar atau luar bandar.

Di Seoul sahaja menelan belanja sekitar 3 juta-5 juta won (RM 10,576.28 -RM 16,569.50) untuk dua minggu. Malah ada harga yang boleh mencecah lebih 10 juta won untuk sesetengah pusat rawatan mewah yang handle pelanggan selebriti.

New Project2 1

Pusat pantang atau sanhujoriwon di Korea ini mengingatkan penulis pada cerita dalam K-drama bertajuk Birthcare Center di platform Viu ini. Kisah ibu-ibu di sebuah pusat rawatan elit.

uhm ji won birthcare center

Sumber: [1],[2]

 

Previous article“Hey, Nak Jadi Pelakon?” Christian Lagahit Buka Cerita Tentang Detik Awalnya Berlakon Di Korea
Next article“Nampak Macam Squid Game 2.0”, Arab Saudi Bakal Buka Taman Tema Ekstrem ‘The Rig’