Home Travel “Nampak Macam Squid Game 2.0”, Arab Saudi Bakal Buka Taman Tema Ekstrem...

“Nampak Macam Squid Game 2.0”, Arab Saudi Bakal Buka Taman Tema Ekstrem ‘The Rig’

0

Arab Saudi yang terkenal sebagai raja minyak menjadikan industri petroleum sebagai inspirasi kepada daya tarikan pelancong.

Negara timur tengah itu mengumumkan perancangannya untuk menukar pelantar minyak menjadi ‘taman tema ekstrem’ dan resort di Teluk Arab.

Dibiayai oleh Public Investment Fund (PIF) kepunyaan Arab Saudi, projek ini dijangka akan menjadi tempat pelancongan pertama yang dibina di atas pelantar minyak yang terdiri daripada 11 restoran, 3 hotel dan beberapa roller coaster.

Aktiviti dan sukan ekstrem turut disediakan seperti bungee jumping, skydiving dan selaman skuba. Tempat ini boleh diakses menerusi feri, kapal layar, kapal persiaran dan helikopter.

Namun tarikh siap belum dipastikan lagi.

Sumber: [1].[2]