Film Eternals baru sahaja ditayangkan secara premiere di Yongsan CGV IMAX Hall, Seoul, Korea Selatan pada Khamis, 28 Oktober 2021 lalu. Karya terbaharu keluaran Marvel yang dibintangi Angelina Jolie dan Ma Dong Seok itu ternyata mengundang kritikan penonton di negara K-pop itu.

Warga negara kimchi itu sangat menantikan penayangan filem ‘Eternals’ setelah diuar-uarkan aktor Korea Don Lee atau Ma Dong Seok sebagai salah seorang barisan pelakonnya. Menjadikan beliau bintang Korea kedua yang beraksi di Marvel selepas Claudia Kim dalam Avengers: Age of Ultron (2015).

Filem ‘Eternals’ akan ditayangkan secara serentak di seluruh pawagam Korea Selatan pada 4 November 2021 nanti. Manakala tayangan perdana dilakukan pada 28 Oktober lalu dan dihadiri oleh beberapa orang media Korea.

Namun ada pihak yang tidak berpuas hati kerana babak watak Gilgamesh lakonan Ma Dong Seok hanya muncul sekejap dan sedikit.

Cerita Eternals berdasarkan komik Marvel karya Jack Kirby pada tahun 1976. Ia mengisahkan manusia super dipanggil Eternals yang lahir jutaan tahun lalu hasil eksperimen genetik di bumi oleh Celestial.

Gilgamesh dikisahkan sebagai pahlawan dengan kekuatan super yang mampu bersaing dengan hero-hero seperti Thor dan Hercules kerana kekuatan yang dimilikinya. Dia disebut sebagai senjata utama Eternals.

Dalam trailer Eternals, susuk tubuh Gilgamesh ditampilkan dengan begitu kuat sehingga penonton wow namun sesudah menonton filemnya, ada yang kecewa.

Memetik laporan AllKpop, penonton menganggap watak lakonan Ma Dong Seok dalam filem Eternals dikatakan ‘tidak begitu menonjol dan tersorok’ termasuk ‘K-punches’ atau tumbukan padunya. Selain itu, latar belakang karakter Gilgamesh tidak diceritakan secara mendalam.

Oleh itu, untuk elak kekecewaan macam orang Korea ini adalah tak perlu expect apa-apa dan enjoy je jalan cerita movie walau siapa pun pelakonnya. Takkanlah filem Hollywood pun nak kena penuh dengan muka orang Korea saja kan?

Previous article“Nampak Macam Squid Game 2.0”, Arab Saudi Bakal Buka Taman Tema Ekstrem ‘The Rig’
Next articleGara gara ‘Cancel Culture’ di Korea, Ini Jumlah Denda Yang Harus Dibayar Kim Seon-ho..