Tidur adalah keperluan asas manusia. Badan setiap orang akan letih dan akhirnya perlu dicas semula dengan berbaring selesa di atas katil atau sofa, selama kira-kira lapan jam sehari seperti yang disyorkan oleh penyelidik dan saintis.

Bagaimanapun, Thai Ngoc, seorang petani Vietnam yang dilahirkan pada tahun 1942, mendakwa telah berjaga selama hampir 50 tahun. Ia bermula pada tahun 1973, selepas dia mengalami demam panas.

Capture

Dia telah mencuba ubat modern, ubat-ubatan tradisional, dan juga dos alkohol yang liberal. Namun, nampaknya tiada apa-apa kesan. Lelaki ini telah berjaga lebih 12,000 malam tanpa tidur!

Walau bagaimanapun, tidak seperti manusia biasa Thai Ngoc nampaknya masih dalam keadaan sihat walaupun tidak tidur dalam jangka masa yang lama. Malah, dia membawa dua guni beras seberat 110 paun sepanjang dua batu ke rumahnya setiap hari.

Pakar perubatan yang telah memeriksa Thai Ngoc mendakwa bahawa dia berada dalam keadaan sihat, walaupun terdapat bukti fungsi hati yang sedikit terjejas.

Thai Ngoc 390x250 1

Sesetengah penyelidik berpendapat ia bukanlah satu keajaiban. Dr. Wadhwa percaya bahawa sesetengah pesakit insomnia tidak mempunyai keupayaan untuk membezakan antara tidur dan berjaga.

Akibatnya, Thai Ngoc mungkin sebenarnya mengalami “tidur mikro” (tidur yang hanya berlangsung beberapa minit) namun, tidak menyedari akan kejadian tersebut.

Walau bagaimanapun, jawapan untuk soalan ini masih belum ditemui, dan pilihan penyelidikan adalah terhad kerana Thai Ngoc takut dengan ujian dan enggan melancong ke luar negara untuk ujian.

Sementara itu, marilah kita menghargai nikmat tidur selagi sihat dan mampu. Jangan bahayakan kesihatan anda dan utamakan rehat!

Salah seorang pengguna TikTok @fitriaziz_telah menceritakan tentang Thai Ngoc ini secara ringkas dan padat di TikTok akaunnya:

Sumber: [1], [2]

Previous articleBelia Korea Berhabis Duit Di PC Bang Atau Kafe Siber Daripada Beli Laptop
Next articleBerat Badan Turut Mendadak, Heize Sedang Berusaha Untuk Dapatkan Berat Badan Ideal Semula