Home Kdrama/Kmovie Grand Shining Hotel, Kdrama Fantasi Seram Misteri Antara Drama Terbaik untuk Februari...

Grand Shining Hotel, Kdrama Fantasi Seram Misteri Antara Drama Terbaik untuk Februari 2024

0

Sejak 16 Februari 2024, Grand Shining Hotel memeranjatkan para peminat drama Korea dengan mengetengahkan tiga genre sekaligus. Siri O’PENing dari TVING ini walaupun singkat sahaja, tetap terasa meyakinkan dan sangat menarik dengan lakonan hebat Lee Ji Hoon dan Jung In Sun.

Drama “Grand Shining Hotel” ini dikatakan antara drama terbaik yang ditayangkan pada bulan Februari 2024 dan menampilkan kisah orang-orang yang hilang dari dunia nyata, kemudian pergi ke dunia fiksyen untuk dijadikan watak-watak novel karya penulis yang dikenali sebagai Rebecca.

Drama siri Korea Grand Shining Hotel dengan genre seram romantik ini menyajikan plot jalan cerita yang menarik yang mengangkat kisah seorang penulis yang secara tiba-tiba masuk ke dalam novel seram.

Anda ingin mengetahui bagaimanakah kehebatan drama Grand Shining Hotel? Berikut dibawah ini penjelasannya.

 

1. Misteri yang ditampilkan membuatkan para penonton tertanya-tanya dari mula lagi

Grand shining hotelInsiden manusia masuk ke dalam dunia novel bukan lagi perkara yang tidak mungkin terjadi dalam drama Grand Shining Hotel. Seorang demi seorang hilang begitu sahaja dan mereka masuk ke dunia fiksyen yang dikatakan dibina oleh pemilik akaun Berlin1004.

Laptop yang memuatkan akaun itu kali terakhir ditulis oleh Rebecca, penulis novel yang tidak diketahui identiti sebenarnya. Kali terakhir dilihat Song Woo Bin (Lee Ji Hoon), ejen syarikat penerbitan yang berkunjung ke rumah wanita itu. Namun apabila dicari, lokasi Woo Bin tidak dapat ditemui.

Misteri kehilangan Woo Bin mendorong Yoo Ah Young (Jung In Sun) untuk mencarinya. Sewaktu pergi ke rumah Rebecca, dia hanya boleh bertemu dengan seorang nenek dan laptop penulis itu. Laptop tersebut menaip jalan ceritanya sendiri dan membuatkan rasa ingin tahu Ah Young makin membuak-buak.

 

2. Perjuangan pembantu penulis yang ingin mengembalikan kekasih hatinya ke dunia nyata

61f13532 5a12 465f 9d84 cf0fa1a7eedbYoo Ah Young rela masuk ke dalam dunia fiksyen demi menyelamatkan lelaki yang disukainya iaitu Song Woo Bin. Sejak berjaya memecahkan teka-teki tentang laptop misteri itu, Ah Young juga tahu bahawa Woo Bin berada dalam bahaya.

Seorang pembunuh bersiri bernama Park Hyun Joo (Kim Jae Kyung) yang menakutkan juga diberitakan menghilang sewaktu hendak dibawa ke penjara. Ah Young melangkaui dunia novel untuk membebaskan Woo Bin. Walau di dunia nyata dia tidak boleh membuat Woo Bin menyukainya, Ah Young boleh membaiki takdirnya bersama Woo Bin dalam dunia fiksyen.

Adakah mereka boleh benar-benar bersama? Tonton selengkapnya kisah mereka dalam drama Grand Shining Hotel ya!

 

3. Kisah romantik dengan tempo yang laju dan tidak membosankan

dfa2f5c3 31b2 4891 9176 cccbc0dc909cGrand Shining Hotel yang hanya disediakan dalam 6 episod dan langsung tidak mengurangkan kisah romantik didalamnya, drama arahan Park Se Hyeon ini digarap dengan cukup baik dengan pace yang dianggap sempurna. Elemen romantik dan misteri terasa seimbang dan kesan bagi kedua-dua genre ini tidak berlebihan walau temponya sangat cepat dari drama misteri biasa yang kita tonton.

Dari pengembangan watak Yoo Ah Young yang terang-terangan menyukai rakan sekerjanya di pejabat iaitu Song Woo Bin hingga kisahnya yang menjalin hubungan unik dengan kawannya di masa lalu, Lee Tae Min (Jung Yong Ju). Kisah cinta ketiga-tiga watak yang sederhana dan manis berjalan seiring dengan misteri yang dihidangkan.

IMG 7045

Jika anda menyukai cerita romantik yang luar dari kebiasaan, anda mungkin boleh menyenaraikan Grand Shining Hotel sebagai salah satu senarai tontonan wajib anda. Tambahan pula terdapat elemen fantasi yang terus mewarnai cerita ini sampai ke penghujung episod.

Drama siri Grand Shining Hotel yang memiliki episod pendek ini memang merupakan sebuah tontonan yang menghiburkan. Kehebatan drama ini bukan hanya kerana ceritanya yang menarik sahaja, tetapi juga kerana barisan pelakon yang mendalami watak mereka dengan sangat berkesan.

Siri ini telah pun disiarkan di tvN dan TVING. Di bawah genre seram, fantasi dan percintaan, ia menjanjikan pengalaman menonton yang menarik dan mendebarkan untuk penonton.

Baca lagi: Grand Shining Hotel Kdrama Terbaru Tentang Penulis yang Masuk ke Dalam Dunia Novel Seram
Baca juga: Manjakan Diri Anda Dengan 9 Kdrama Baru Tayang Mac 2024