Home Artis Korea A Profitable Cage, Baek Sung Hyun Muncul Sebagai Doktor 25 Mac Ini

A Profitable Cage, Baek Sung Hyun Muncul Sebagai Doktor 25 Mac Ini

0

Drama Korea ‘A Profitable Cage’ akan menemui anda pada bulan Mac 2024 ini. Drama terbaru ini akan menampilkan Baek Sung Hyun sebagai seorang doktor!

Para peminat pelakon ini pasti sudah tidak sabar untuk menonton A Profitable Cage bukan?

 

Sinopsis A Profitable Cage

Profitable cageDrama ini menceritakan tentang kisah romantik antara seorang doktor yang bernama Jin Soo Ji (Ham Eun Jung) dan juga Chae Woo Ri (Baek Sung Hyun). Pernah menjadi doktor yang cemerlang dan merupakan bintang di tempat kerjanya, malangnya Jin Soo Ji telah jatuh dari puncak dan mengalami kemerosotan kerjaya.

Doktor ini bertemu dengan seorang lelaki yang merupakan doktor baru bernama Chae Woo Ri. Watak Chae Woo Ri digambarkan sebagai seorang doktor yang disenangi dan sangat prihatin kepada orang sekeliling. Siapa sangka Chae Woo Ri bermusuhan dengan Jin Soo Jin dan akhirnya mereka tanpa sengaja sering berhubungan antara satu sama lain.

Kisah di drama ini akan fokus pada kehidupan doktor dan orang-orang di sekeliling mereka. Bagaimana cara mereka menjalani hidup dan berinteraksi dengan orang lain. Drama ini juga menceritakan tentang kisah doktor dengan tipu daya cinta dan kisah romantik yang juga diwarnai dengan elemen komedi di dalamnya.

 

Tarikh tayangan A Profitable Cage

aeffa253 b0fa 4f49 b41f 39c475c0e0fb

  • Episod: 120
  • Siaran: 25 Mac 2024 – 6 Sep 2024
  • Disiarkan: Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
  • Rangkaian Asal: KBS1
  • Tempoh: 30 min.

Drama terbaru KBS yang ini tampil dengan jumlah 120 episod dan akan memulakan
tayangan pada 25 Mac 2024 akan datang. Genre yang dibawa ialah genre romantik dan komedi yang dibalut kisah kehidupan para pekerja di bidang perubatan. Penonton akan turut merasakan hangatnya cinta keluarga dan pasti terfikirkan tentang mereka-mereka yang dekat di hati selama ini.

 

Pelakon-pelakon A Profitable Cage

080b6407 2445 4bf6 9b21 ebe219937e54Drama A Profitable Cage dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat dan terkenal seperti Ham Eun Jung, Baek Sung Hyun, dan juga Shin Jung Yoon.

Ham Eun Jung membawa watak sebagai Jin Soo Ji yang merupakan seorang doktor pakar psikiatri popular dan kerap muncul di televisyen. Tapi siapa sangka reputasi baik dan kejayaan yang dibawa oleh Jin Soo Ji hancur kerana sebuah insiden yang mengejutkan.

Baek Sung Hyun pula membawa watak sebagai Chae Woo Ri, dia bekerja sebagai doktor baru. Perwatakan Chae Woo Ri digambarkan ceria dan penuh prihatin, dia selalu mengutamakan para pesakitnya. Siapa sangka pertemuan Chae Woo Ri dengan Jin Soo Ji mengubah hidup mereka, kedua-duanya mula kerap berhubungan.

A Profitable Cage merupakan salah sebuah drama kekeluargaan yang menarik untuk ditonton. Selain kisah romantik, anda pasti akan mendapat pengajaran dari kisah-kisah yang ditampilkan dalam drama ini. Pasti peminat setia tidak sabar bukan? Tambahan pula drama ini merupakan comeback buat Ham Eun Jung, nantikan ya!

Baca lagi: Grand Shining Hotel, Kdrama Fantasi Seram Misteri Antara Drama Terbaik untuk Februari 2024
Baca juga: 6 Kdrama Menarik yang Dibintangi Kim Soo Hyun, Bakal Muncul dalam Queen of Tears