Home Artis Korea Jang Seung Jo Terlibat dengan Skandal Curang dalam Drama Terbaru “Let Me...

Jang Seung Jo Terlibat dengan Skandal Curang dalam Drama Terbaru “Let Me Grab You by The Collar”, 18 Mac Ini

0

Pelakon terkenal Jang Seung Jo kembali membintangi drama siri bersama Kim Ha Neul dan Yeon Woo Jin dalam drakor terbaru garapan KBS2 TV.

IMG 7050

Kali terakhir Jang Seung Jo muncul dalam drama siri ketika membintangi Kdrama genre fantasi, aksi, thriller, dan misteri bertajuk ‘Deaths Game’ bersama Seo In Guk. Kali ini Jang Seung Jo kembali dengan lakonannya yang memukau dalam drama siri terbaru bertajuk ‘Let Me Grab You by the Collar’.

Drama siri Let Me Grab You by the Collar mengusung genre thriller misteri yang akan menggantikan slot penayangan Love Song For Illusion. Jang Seung Jo akan membawa watak sebagai Seol Woo Jae, seorang lelaki yang lahir dari keluarga kaya raya. Dia adalah suami kepada Seo Jung Won.

Sebelum menonton drama terbaru ini, jom sama-sama kita lihat fakta watak yang dibawa oleh Jang Seung Jo dalam drama siri Let Me Grab You by the Collar berikut ini.

 

Jang seung jo1. Dalam Let Me Grab You by the Collar, Jang Seung Jo membawa watak sebagai Seol Woo Jae yang merupakan suami kepada Seo Jung Won (Kim Ha Neul)

 

 

66e8d632 c81d 4e52 bdf7 617e410e78a42. Seol Woo Jae berasal dari latar belakang keluarga kaya raya yang ternama, dia juga merupakan pewaris keluarga konglomerat Mujin Group

 

 

34c4b1b4 b572 454a 9e07 bf97943215c33. Namun, Seol Woo Jae lebih memilih untuk menjadi seorang novelis yang membawanya pada kejayaan besar dan luar biasa

 

 

80b87808 5994 409f a17a 8354894cd7084. Sebagai pasangan Seo Jung Won, Seol Woo Jae ialah suami yang sangat sempurna. Merupakan seorang yang penyayang dan mempunyai paras rupa menawan

 

 

a8b20635 229c 41ff 9d8b 138720b547b45. Tetapi siapa sangka, di sebalik penampilannya yang sempurna itu rupa-rupanya Seol Woo Jae mempunyai kesan luka dan trauma yang cuba disembunyikannya

 

 

8728dc3f ab5b 401a b377 c86de640cdc56. Hingga suatu hari, Seol Woo Jae terlibat dengan skandal kecurangan yang membuatkan rumah tangganya berada di ambang kehancuran

 

 

IMG 7053

7. Lebih mengejutkan, isterinya sendiri iaitu Seo Jung Won pula menjadi suspek utama kes kematian perempuan simpanan Seol Woo Jae

Siapa sangka Jang Seung Jo terlibat dengan skandal kecurangan dalam drama Let Me Grab You by the Collar. Wataknya ini merupakan watak baru baginya yang cukup berbeza dari watak-watak yang pernah dibawa sebelum ini.

Drama Let Me Grab You by the Collar sangat dinantikan kerana plot thrillernya yang mengujakan. Para peminat Kdrama dijemput meneka siapakah sebenarnya pelaku pembunuhan tersebut. Teruskan menunggu, okay? Nantikan tayangan drama ini pada 18 Mac 2024 ini, setiap Isnin dan Selasa nanti ya!

IMG 7051

Baca lagi: A Profitable Cage, Baek Sung Hyun Muncul Sebagai Doktor 25 Mac Ini