Home Entertainment “Genetik Kim Jong Kook Luar Biasa.” – Akhirnya Greg Doucette Minta Maaf

“Genetik Kim Jong Kook Luar Biasa.” – Akhirnya Greg Doucette Minta Maaf

0

“Saya minta maaf kepada Kim Jong Kook dan para peminatnya.”

Greg Doucette akhirnya meminta maaf secara terbuka kerana menyangka Kim Jong Kook membesarkan otot guna dadah.

YouTuber dan ahli bina badan dari Kanada itu memuat naik video ‘Kim Jong Kook – NEW EVIDENCE!’ di saluran YouTube miliknya pada 20 November iaitu semalam.

ssshhhh

Menerusi video tersebut, Doucette berkata, “Setakat yang saya tahu, testosterone menurun seiring pertambahan umur. Paras hormon Kim Jong Kook menurun dari 9.24 (dulu) ke 8.38. Ini menunjukkan hormonnya turun bersama usia.

“Kajian juga kata yang mereka (orang Asia) memiliki tahap testosterone 20% lebih tinggi daripada lelaki Amerika Utara dan tidak semestinya menurun selepas umur 40 tahun.” katanya siap tunjuk kertas kajian saintifik.

vnnn

hdgbsbs

“Saya sudah berteori semampu saya. Ia hanya tekaan dan tak semestinya selalu betul.” ujarnya lagi merujuk kepada lemparan tuduhan ke atas Jong Kook tentang penggunaan dadah yang rupanya salah.

Sambungnya lagi, “Kini saya padam semua video berkaitan Kim dan dadah. Tubuhnya nampak natural dan bebas dari penggunaan dadah. Saya tiada bukti.”

“Macam mana saya cuba pun, saya tak mampu memiliki tubuh se-bagus Kim. Dia ada genetik luar biasa, sebab itulah dia mampu bertubuh sado begitu. Saya memohon maaf kepada Kim Jong Kook dan para peminatnya di Korea.”

Akhirnya dia berkata, “Saya buat video itu sebab nak bersuara tentang pendapat saya, tapi saya tak pasti, hanya teka berdasarkan informasi yang saya ada.

“Biasanya orang yang ada tubuh sasa dan testosterone tinggi ini tak natural, kecuali Kim Jong Kook. Jarang berlaku begitu tapi boleh jadi.”

Dari ‘KK-drama’ antara Kim Jong Kook (Korea) VS Greg Doucette (Kanada) ini, kita boleh ambil iktibar elakkan buat tuduhan melulu dan tak pasal-pasal kita turut belajar biologi bagaimana hormon berfungsi dalam tubuh manusia.

Untuk baca dan ikuti cerita mereka sebelum ini, boleh klik pautan artikel di bawah:

Ahli Bina Badan Ini Dakwa Tubuh Sasa Kim Jong Kook Nampak Lain Macam, Bukan Natural

Kim Jong Kook Buktikan Tubuh Sado Dia 99.9% Original, Hot Dan Spicy

Greg Doucette Padam Semua Video Tuduhannya Selepas Kim Jong-kook Nak Ambil Tindakan Undang-Undang

Sumber: [1]