Pada 17 November, pihak stesen TV SBS telah edit dan memuat naik klip tentang rancangan ‘Running Man’ di saluran YouTube, ‘Baekneung – Subs old entertainment’.

ddddd 3

Dalam video tersebut, para peserta ‘Running Man’ bermain game bersaing dengan peserta rancangan SBS lain, iaitu ‘Law of the Jungle’.

Salah seorang netizen tinggalkan komen negatif terhadap aktres Song Ji-hyo dengan berkata, “Song Ji-hyo nampaknya bukan tengah berseronok pun main, macam tu je dia buat duit… Jom kita blah semua.”

lllllllllllll

Kebiasannya saluran YouTube rasmi tidak respons terhadap komen-komen netizen, namun berbeza dengan SBS ini. Admin atau pengendali akaun SBS itu pinned komen di atas sekali dan balas, “Tolong elakkan bagi komen-komen yang berniat tak elok.”

www

Netizen yang ternampak komen tersebut turut balas kepada si pengomen, “Kalau kamu tak nak tengok Song Ji-hyo, kenapa kamu tengok juga?”

Song Ji-hyo merupakan member tetap ‘Running Man’ SBS sejak tahun 2010.

Sumber: [1]

Previous articleAyat Menakutkan Muncul Di Papan Tanda Elektronik Korea
Next article“Genetik Kim Jong Kook Luar Biasa.” – Akhirnya Greg Doucette Minta Maaf