Home News Ayat Menakutkan Muncul Di Papan Tanda Elektronik Korea

Ayat Menakutkan Muncul Di Papan Tanda Elektronik Korea

0

Sebaris ayat menakutkan tertera di papan elektronik Lebuh Raya Jungbu Naeryuk, Wilayah Chungcheong, Korea Selatan.

Pada 19 November lalu, TV KBS melaporkan ayat ‘Kemunculan Zombie’ tiba-tiba muncul di papan elektronik di lebuh raya Korea. Gambar itu ditangkap pada pukul 3.50 pm oleh seorang pemandu yang lalu di kawasan tersebut untuk urusan perniagaan.

fffff

Kemudian gambar tersebut dimuat naik di YouTube dan laman web lain berserta kapsyen ‘Ada Zombie???’

Lapor portal Korea, Perbadanan Lebuhraya Korea memberi respons bahawa lokasi papan tanda itu sebenarnya kawasan pandu uji dan latihan tindak balas sekiranya berlaku kes penggodaman di papan elektronik.

Apa pun, semoga pemandu di sana tidak terkejut dan boleh mengawal stereng dengan baik sekiranya terbaca papan tanda ‘Awas Zombie Di Depan’.

Sumber: [1]