Pada ketika ini, orang ramai dibenarkan untuk makan di restoran dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Jadi, ramai yang tidak melepaskan kesempatan ini untuk makan bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan di restoran.

Baru-baru ini restoran Korea yang diusahakan oleh selebriti tempatan, Zizan Razak telah tular di TikTok. Menurut perkongsian video @aqirudesuka, restoran ini dikatakan mempunyai vibes seperti Danbam Café dalam drama Korea popular, Itaewon Class.

Restoran ini dikenali sebagai K-Town Korean BBQ Grill House dan terletak di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Menurut perkongsian Zizan Razak di laman Instagram, antara menu istimewa di sana adalah Galbi Gui, daging panggang Korea.

Katanya kepada akhbar Kosmo, “Buka kedai makanan Korea sebab banyak permintaan di kawasan itu. Tiga tahun proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk restoran ini (dari segi masakan).”

Buat anda yang kaki Korea dan kaki makan, pasti panjang kaki anda untuk melangkah ke tempat ini. Tak ada Park Seo Joon, Zizan Razak pun bolehhh.

Previous articleGreg Doucette Padam Semua Video Tuduhannya Selepas Kim Jong-kook Nak Ambil Tindakan Undang-Undang
Next articleAyat Menakutkan Muncul Di Papan Tanda Elektronik Korea