Home Entertainment Menitis Air Mata Si Kekasih Bila Dengar Kata-Kata Ma Dong Seok Ini

Menitis Air Mata Si Kekasih Bila Dengar Kata-Kata Ma Dong Seok Ini

0

Seiring kejayaan Ma Dong Seok yang menempa nama di Hollywood dengan filem ‘Eternals, media turut menyelongkar kisah cintanya buat bahan berita.

Aktor Ma Dong Seok dan teman wanitanya, atlet dan pelakon Ye Jung Hwa bercinta sejak tahun 2016 selepas berpayung di bawah agensi yang sama. Minat sama iaitu belajar bahasa Inggeris dan senaman merapatkan lagi mereka.

Pada tahun 2017, Jung Hwa jadi tetamu dalam rancangan temu bual ‘Radio Star’ siaran TV MBC. Semasa siaran langsung, tiba-tiba dia dapat panggilan telefon daripada Dong Seok dan satu studio boleh dengar.

aaq
Foto: MBC/Insight.co.kr

Rupanya Dong Seok telefon ‘Radio Star’ untuk bagi sokongan dan kata-kata semangat kepada kekasihnya, dia ambil masa untuk call sekejap semasa penggambaran.

7n majoinstheclub00
Foto: Cinema Online

“Awak sihat ke?” Dong Seok tunjuk sisi sweet dan ambil berat terhadap Jung Hwa.

“Saya ni dah tua. Bukan senang nak buka hati kepada sesiapa tetapi Jung Hwa ni memang sangat baik dan lemah lembut.”

“Jung Hwa, be strong, buat kerja sungguh-sungguh sebagai pelakon dan penyiar, have fun dan please banyak-banyakan support buah hati awak ni juga.”

Kata-kata manis terlebih dos daripada Dong Seok membuatkan mata wanita itu bergenang sebelum mengusap air matanya.

eee
Foto: MBC/Insight.co.kr

Sumber: [1]