Home Entertainment Eli Memutuskan Untuk Tinggalkan Anak Dan Bekas Isteri, Ji Yeon Soo Menangis...

Eli Memutuskan Untuk Tinggalkan Anak Dan Bekas Isteri, Ji Yeon Soo Menangis Peluk Anak

0

Dalam klip pratonton selepas episod terbaru rancangan hiburan asal TV CHOSUN, ‘We Got Divorced 2,’ Eli dilihat meninggalkan tempat Ji Yeon Soo. Anak lelaki mereka, Minsoo dilihat mengucapkan selamat tinggal yang terakhir sambil memeluk ayahnya, Eli, “Tolong simpan kenangan kita”.

Ji Yeon Soo dilihat menitiskan air mata selepas Eli pergi dan Minsoo cuba untuk menenangkan ibunya yang kelihatan tertekan.

Ji Yeon Soo terus meminta maaf kepada anaknya sambil menitiskan air mata. Sebelum ini, Minsoo terus menyatakan hasratnya dengan mengatakan dia mahu tinggal bersama kedua ibu bapanya.

Jadi Ji Yeon Soo cuba memujuk Eli untuk tinggal bersama demi anak mereka sepanjang episod sebelumnya tetapi Eli akhirnya memutuskan untuk pergi dengan mengatakan ini adalah yang terbaik untuk Minsoo.

Ji Yeon Soo bertanya kepada Eli “Kalau begitu kenapa awak beritahu saya yang awak sayang saya dan saya nampak cantik.” Eli kemudian menjawab, “Saya sayang awak sebagai ibu Minsoo. Saya tak sayang awak macam dulu.”

Artikel Berkaitan: Ji Yeon Soo Mahu Rujuk, Tetapi Eli Beritahu Bahawa Perkahwinannya Adalah Seperti Neraka?

Artikel Berkaitan: Dulu Kemain Romantis, Kini Eli Akui Sudah Tidak Melihat Bekas Isterinya Sebagai Seorang Wanita

Sumber: [1]