Home Entertainment IU Mempunyai Satu “Tabiat Buruk” Yang Peminat Berharap Agar Dia Berhenti Lakukannya

IU Mempunyai Satu “Tabiat Buruk” Yang Peminat Berharap Agar Dia Berhenti Lakukannya

0

Peminat sangat menyayangi IU, jadi mereka mahu dia berhenti melakukan tabiat “buruk” ini.

Apabila bercakap mengenai tabiat, IU juga sama seperti kita yang lain. Tetapi tabiatnya ini benar-benar comel tau! Apa-apa pun ini IU kot!

Satu contoh ialah setiap kali dia dipanggil ke pentas untuk menerima anugerahnya, dia akan menghulurkan tangannya seperti kanak-kanak kecil sebelum menerima anugerah itu.

unnamed 14

Satu lagi contoh tabiat menawannya ialah setiap kali IU minum air. Daripada meminum air dengan cepat dan kemudian meneruskan apa yang dia lakukan, IU lebih suka menikmati rasa air itu, menyebabkan pipinya yang gebu itu kelihatan sangat comel.

Baca lagi: “Perkahwinan saya pun telah ditetapkan 10 tahun lalu haha”, Ada Apa dengan Kim Jong Kook & Yoon Eun Hye

Baca lagi: “Kena betul betullll Kurus baru korang masuk TV”, Ini Reaksi Netizen Terhadap Formula Kurus “K-pop Idols”

unnamed 1 4

Selain daripada tabiat comel ini, adakah anda tahu bahawa IU mempunyai satu tabiat “buruk” yang sesetengah peminatnya berharap dia berhenti melakukannya? Ia ada kaitan dengan kepalanya.

Seperti yang kita tahu IU seorang yang kuat bekerja, dan setiap kali dia terlupa sesuatu, dia akan memukul kepalanya dalam usaha untuk mengingatinya. Ini adalah tabiat IU sejak dulu…dan ia masih menjadi tabiat yang berterusan sehingga kini.

 

Sumber: [1]