Home Entertainment “Perkahwinan saya pun telah ditetapkan 10 tahun lalu haha”, Ada Apa dengan...

“Perkahwinan saya pun telah ditetapkan 10 tahun lalu haha”, Ada Apa dengan Kim Jong Kook & Yoon Eun Hye

0

Kim Jong Kook telah mengelirukan rakan setugas selepas terus terusan bercakap mengenai desas desus percintaan dia dengan Yoon Eun Hye.

Pada 22 Jun yang lalu, ketika siaran siri “Problem Child In House” di KBS2, ketika membincang kan tentang beberapa artis yang pernah berpacaran, pengacara Jung Hyung Don telah memberi komen, ” Dua orang selebriti yang pernah berpacaran berada di sini. Kim Jong Kook dan Yoon Eun Hye, dan Kim Sook dan Lee Dae Hyung juga“.

1655951727 202206221946282510 2

Kim Sook bertanya kepada Kim Jong Kook, “Bila korang nak kawin? Saya dah set tarikh kahwin saya,” KIm Jong Kook memberi respond, “saya pun telah ditetapkan 10 tahun lalu haha“.

Min Kyung Hoon juga bertanya kepada Kim Jong Kook,” saya pelik kenapa awak selalu menidakkan kenyataan ini?” Kim Jong Kook menjawab, ” saya rasa ia bukan sesuatu yang perlu dibicarakan, saya lebih memilih untuk berdiam diri.”

Kim Jong Kook turut menyatakan bahawa orang tidak akan lagi bercakap mengenai perkara ini jika seseorang itu sudah berkahwin dan ahli yang lain menyangkal kenyataan itu dengan berkata kan kedua-dua mereka belum berkahwin lagi.

Akhirnya, Kim Jong Kook berkata, “ Kenapa dia (Yoon Eun Hye) tidak kahwin? Dia patut kahwin dan gosip ni akan senyap begitu sahaja.” 

Sumber: AllKpop