Home Entertainment Ji Yeon Soo Mahu Rujuk, Tetapi Eli Beritahu Bahawa Perkahwinannya Adalah Seperti...

Ji Yeon Soo Mahu Rujuk, Tetapi Eli Beritahu Bahawa Perkahwinannya Adalah Seperti Neraka?

0

Eli dan Ji Yeon Soo telah mendapat perhatian sejak mereka mula muncul dalam program realiti CHOSUN TV ‘We Got Divorced 2.’ Penonton sedang berteka-teki sama ada mereka akan bersatu semula ataupun tidak di penghujung program nanti.

Dalam episod terbaru yang disiarkan pada 8 Jun lalu, mereka meneruskan perbualan mereka mengenai pertemuan semula yang telah berlaku.

unnamed 13

Pada hari tersebut, Eli dan Ji Yeon Soo dilihat sedang berkongsi pendapat jujur ​​mereka bersama kenalan mereka.

Walaupun Ji Yeon Soo berkongsi niat dan keinginannya untuk bersatu semula, Eli tegas tidak mahu kembali bersama Ji Yeon Soo.

Minggu lalu, Eli mengaku bahawa dia tidak mencintai Ji Yeon Soo sebagai seorang wanita tetapi menyayanginya sebagai ibu kepada anak lelaki mereka.

ji yeon soo eli 08042022 1

Ji Yeon Soo mengaku, “Saya masih tidak percaya sama ada ia mimpi atau tidak. Ada sesuatu yang saya harapkan. Tetapi sangat memalukan untuk saya memberitahu dia yang ‘Saya sangat sukakan ini.'”

Sebagai tindak balas, rakan Ji Yeon Soo Kim Young Hee bertanya, “Bagaimana perasaan ayah Min Soo (Eli) tentang perkara ini?”

Ji Yeon Soo menjawab, “Saya tidak tahu bagaimana perasaannya.” Dia terus berkata, “Saya benar-benar mahu bersatu semula dengannya. Saya hanya mahukan cintanya.”

Pada masa itu, Eli juga bersama kenalannya dan bercakap tentang pertemuan semulanya dengan Ji Yeon Soo. Eli terus menghuraikan alasannya mengapa dia tidak mahu bersatu semula dengannya.

Artikel Berkaitan: Dulu Kemain Romantis, Kini Eli Akui Sudah Tidak Melihat Bekas Isterinya Sebagai Seorang Wanita

Artikel Berkaitan: Anak Tak Kenal Ayah, Eli Menangis Selepas Melihat Anaknya Buat Kali Pertama Selepas Dua Tahun Bercerai

eli secrets

Eli kemudiannya mengaku perasaannya apabila dia berkahwin dengan Ji Yeon Soo, “Sedih dan tidak selesa. Adakah saya mahu tinggal di sana jika persekitarannya seperti neraka? Pada masa itu, saya benar-benar mahu mati.”

Eli terus berkata, “Saya tidak boleh bersatu semula dengannya. Jelas sekali kita akan kembali seperti dulu. Saya cuma sayangkan dia sebagai ibu Min Soo.”

Eli risau jika dia kembali bersama bekas isterinya itu, kisah pahit yang lepas akan berulang semula. Oleh itu, dia tidak mahu bersatu semula dengan Ji Yeon Soo.

 

Sumber: [1]