Home Entertainment Tahukah Anda Korea Utara Pun Ada Pelakon?

Tahukah Anda Korea Utara Pun Ada Pelakon?

0

2A530A4E 751A 4421 83A6 396CA8ED563A

Tidak seperti bintang-bintang filem dari negara jiran, Korea Selatan, pelakon-pelakon di Korea Utara melarat kesusahan, dan tidak mempunyai wang yang cukup akibat covid-19. Industri perfileman di sana juga tidak mampu menampung kehidupan bintang-bintang filem ini.

Kita jarang dapat info mengenai negara ini, nak nak lagi pasal perfileman dari Korea Utara. Rata-rata filem di Korea Utara itu menekankan isu diet di kalangan rakyat, kebanyakan filem mereka berkisar kan tentang ubi kentang.

Rakyat meminta untuk makan ubi kentang dan mencatu sumber makanan. Selain makanan, filem-filem dari negara tersebut mestilah melambangkan cinta akan negara. Macam bosan kan?

Lebih mengejutkan, kerajaan Korea Utara dah jadi “open minded”, diaorang dah terbuka terhadap bidang nyanyian, kerana isteri pemimpin utama merupakan bekas vokalis.

Menurut laporan Daily NK, terdapat beberapa bintang filem Korea Utara berkeliaran di Pasar Okjon, Pyongsong untuk mengemis makanan. Mereka telah kehilangan punca pendapatan semenjak pandemik lagi.

Pelakon-pelakon ini bernaung di bawah The Korea Art Film studiosemenjak 1947. Masalah terjadi kepada mereka ialah, mereka tidak boleh bukak bisnes kalau dah jadi bintang terkenal, hal ini kerana bagi menjaga status dan air muka sebagai pelakon Korea Utara. So, isteri dan anak-anak la yang kena kerja bagi menyara kehidupan.

“Saya tidak tahu apa yang boleh dilakukan tanpa bantuan kerajaan, saya tidak boleh bekerja kerana saya terlalu popular.” Demikian kata-kata seorang pelakon yang ditemuramah ketika sedang mengemis makanan di pasar terbuka Okjon. (Sumber: South Pyongan Province)

Hmm, bagi impak besar juga ya covid-19 ni ke atas seluruh dunia dan isinya.

Sumber: Movie Lovers My