Home Entertainment “Mereka Tidak Pernah Bercinta”, Agensi Youngjae Got7 Tepis Dakwaan Percintaan Dengan Penyanyi...

“Mereka Tidak Pernah Bercinta”, Agensi Youngjae Got7 Tepis Dakwaan Percintaan Dengan Penyanyi LOVEY

0

Agensi Youngjae telah memberi kenyataan mengenai desas desus percintaan dia dengan LOVEY.

Pada 27 Jun, WIKITREE melaporkan ahli kumpulan GOT7, Youngjae dan artis LOVEY sedang hangat bercinta. Mereka berdua telah bekerjasama untuk lagu GOT7, “Drive Me To The Moon” dan Youngjae turut muncul dalam lagu terbaru LOVEY, “hurry” pada tahun lalu. LOVEY juga telah dilaporkan hadir ke sesi ramah mesra bersama peminat GOT7 pada 22 Mei.

Choi Young Jae GOT7 P1

Lovey If We Have Four Seasons concept photo 28629

Ini adalah respon yang diberikan, agensi Youngjae telah mengeluarkan kenyataan:

“Hello, ini ialah Sublime.

Ini merupakan siaran rasmi terhadap desas desus percintaan melibatkan artis kami, Youngjae.

Pertama sekali kami ingin memaklumkan bahawa percintaan itu adalah tidak benar.

Mereka berdua merupakan rakan sekerja dalam musik dan terlibat dalam album satu sama lain, dan mereka turut menyokong sesama sendiri aktiviti muzik mereka.

Kami akan terus mencuba untuk berinteraksi dengan peminat dengan mengeluarkan “content” yang bagus pada masa akan datang. Terima Kasih.”

Source: Soompi 

Baca artikel terdahulu: Amber Heard Perempuan Tercantik Di Dunia