Home Design Dunia Magis Taman Tema Ghibli

Dunia Magis Taman Tema Ghibli

0

Pernah tonton filem animasi My Neighbor Totoro, Princess Mononoke dan Spirited Away?

Cerita-cerita yang masih utuh sehingga sekarang ini mendapat sentuhan magis studio animasi Jepun terkenal iaitu Studio Ghibli.

Dengan kerjasama Aichi Prefecture, mereka mengumumkan untuk membangunkan sebuah taman hiburan bertemakan Studio Ghibli iaitu Taman Ghibli.

5 3
Sumber gambar: Aichi Prefecture/Voyapon

Taman tema ini terbahagi kepada lima kawasan iaitu:

  • Youth Hill
  • Big Ghibli Storehouse
  • Mononoke Village
  • Witch Valley
  • Dondoko Forest

Youth Hill

Youth Hill akan menyambut kedatangan pengunjung ke dunia Ghibli. Lif di sini bercirikan steampunk abad ke-19 seperti dalam filem Howl’s Moving Castle.

Selain itu, terdapat juga kawasan perumahan Jepun pada era 1990-an dan kedai barangan antik seperti yang terpapar dalam Whisper of the Heart’s.

Big Ghibli Storehouse

Kawasan indoor ini akan menempatkan ruang pameran, pentas teater dengan 170 tempat duduk, kawasan permainan kanak-kanak berdasarkan pekan misteri daripada Spirited Away.

2 6
Sumber gambar: Aichi Prefecture/Voyapon

Mononoke Village

Rancangan diinspirasikan daripada bangunan pekan besi dalam cerita Princess Mononoke.

Ada juga rencana untuk menampilkan patung-patung besar berdasarkan filem Demons (Tatari Gami), Okkoto (Boar God), dan watak-watak lain.

7
Sumber gambar: Aichi Prefecture/Voyapon

Witch Valley

Kawasan akan dibuka di ruang yang belum diteroka berhampiran laman terbuka dan luas berdasarkan Howl’s Moving Castle dan Kiki’s Delivery Service.

Nanti akan ada istana bergerak Howl, rumah ibu bapa Kiki, pelbagai tempat rekreasi, kawasan rehat, dan restoran.

6 2
Sumber gambar: Aichi Prefecture/Voyapon

Dondoko Forest

Nama kawasan ini berasal daripada tarian “Dondoko Odori” yang dipersembahkan oleh Satsuki, Mei, dan Totoro dalam adegan terkenal daripada filem My Neighbor Totoro.

Seperti konsep dalam filem, kawasan ini turut memfokuskan pada tema alam semula jadi dan rumah Jepun di luar bandar pada tahun 1950-an yang lengkap dengan dapur dan bilik mandi tradisional.

1 5
Sumber gambar: Aichi Prefecture/Voyapon

Bilakah Taman Ghibli Akan Dibuka?

Kawasan Youth Hill, Big Ghibli Storehouse, dan Dondoko Forest dijangka akan dibuka pada musim luruh tahun 2022. Manakala Mononoke Village dan Witch Valley yang selebihnya akan dibuka pada tahun berikutnya.

Sumber: Voyapon