Home Uncategorized Didakwa Menjadi Punca Perceraian Song Song Couple, “Mengarut Lah” Kata Park Bo...

Didakwa Menjadi Punca Perceraian Song Song Couple, “Mengarut Lah” Kata Park Bo Gum

0

Nama pelakon terkenal Korea, Park Bo Gum hangat diperkatakan netizen kerana didakwa merupakan punca penceraian Song Song Couple (Song Joong Ki dan Song Hye Kyo).

Spekulasi itu mula timbul apabila netizen mendakwa Hye Kyo dan Bo Gum mungkin mempunyai hubungan setelah sama-sama terlibat dalam drama berjudul Encounter.

bw44

Hye Kyo dan Bo Gum ketika sama-sama terlibat dalam berjudul Encounter.

Bagaimanapun agensi Bo Gum, Blossom Entertainment menafikan perkara tersebut dalam satu kenyataan rasmi kepada media.

“ Nampaknya spekulasi ini timbul disebabkan Bo Gum dan Hye Kyo bergandingan dalam drama tersebut.

“ Perkara itu tidak benar sama sekali dan gosip itu juga mengarut.

“ Bo Gum merupakan junior Joong Ki dan mereka berada dalam agensi yang sama.

“ Kami telah berbincang dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah tersebut,” jelasnya tegas.

Terdahulu, Song Joong Ki telah memfailkan penceraian terhadap Song Hye Kyo hari ini dan berita itu ternyata mengejutkan peminat mereka di seluruh dunia.

Sementara itu pelakon Park Bo-gum turut menafikan khabar angin bahawa dia terlibat dalam perceraian pasangan Song-Song.

Ini berikutan pengumuman Song Joong-ki pada Khamis lalu bahawa dia dan Song Hye-kyo memfailkan perceraian, lantas spekulasi bertiup kencang bahawa Park mungkin menjadi antara penyebab berlakunya perceraian itu kerana dia baru-baru ini membintangi sebuah drama “Boyfriend” terbitan TVN bergandingan bersama Song Hye-kyo.

Beberapa jam selepas khabar angin mula tersebar di laman web dan media sosial, agensi Park, Blossom Entertainment, memberitahu media tempatan bahawa khabar angin itu adalah palsu.

” Park Bo-gum, yang baru-baru ini membintangi drama bersama Song Hye-kyo, secara tiba-tiba dikaitkan dengan perceraian pasangan sensasi tersebut. Pihaknya turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa nama Park dikaitkan dalam perceraian itu.

” Agensi akan mengambil tindakan keras terhadap khabar angin yang tidak berasas mengenai Park. Gosip mengenai Park Bo-gum dan Song Hye-kyo sama sekali tidak benar, “kata seorang pegawai dari agensi itu.

bw47

Pihak media Blossom, yang mewakili kedua-dua Song Joong-ki dan Park Bo-gum, mengumumkan mereka akan mencari pihak yang memulakan khabar angin itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

Pasangan yang dikenali sebagai Song Song Couple ini telah berkahwin pada 31 Oktober 2017.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Debaking

Sumber: astroawani