Home Kdrama/Kmovie Death’s Game: 7 Kehidupan Mengerikan yang Dilalui Seo In Guk

Death’s Game: 7 Kehidupan Mengerikan yang Dilalui Seo In Guk

0

Death’s Game mengikuti kisah seorang lelaki yang bernama Choi Yi Jae (Seo In Guk).

Dalam Death’s Game, kehidupannya yang miskin dan dipenuhi rasa tidak berguna kerana kegagalan membuatkam dirinya memutuskan untuk mengakhiri hidupnya sendiri. Namun keputusan itu gagal dan membawanya kepada sebuah penderitaan lain.

Selepas kegagalan bunuh diri, dia bertemu dengan malaikat maut (Park So Dam). Pertemuan tersebut membawa Choi Yi Jae kepada sebuah permainan dari malaikat maut. Dia perlu melalui 12 fasa kehidupan dalam tubuh orang-orang yang akan mati. Menariknya setiap orang tersebut memiliki berbagai-bagai latar belakang dengan berbagai-bagai sisi gelap dalam kehidupan mereka.

Adakah anda mahu mengetahui fasa kehidupan mengerikan yang dilalui oleh Seo In Guk sebagai Choi Yi Jae dalam Death’s game? Jom sama-sama kita lihat ulasan di bawah ini!

 

3010d91f 21da 4040 9bff f73728cfb77b
1. Seo In Guk akan menggantikan roh seorang pelajar yang menjadi mangsa buli di sekolah yang dilakonkan oleh Kim Kang Hoon

 

032fcab0 3e7e 4ba4 af6b 40119e9f080e
2. Melalui kehidupan yang sangat tertekan dengan tubuh Lee Jae Wook, Seo In Guk menjadi seorang banduan yang selalu menjadi mangsa banduan-banduan lain di penjara

 

d516fe79 d836 424e b3b5 15b8359ed06c
3. Sung Hoon akan menjadi atlet payung terjun profesional. Masuk ke dalam tubuh atlet tersebut, Seo In Guk perlu menguji keberaniannya dengan penuh risiko sewaktu melakukan latihan terjunan

 

ca727da4 4626 4dc6 90fe ca8af8d9efda
4. Seo In Guk akan berubah menjadi ahli kumpulan gangster dengan melakukan jenayah, menggunakan badan Jang Seung Jo

 

6a307388 1ea5 46a5 a16d 56afaed53488
5. Kehidupan seorang model yang sempurna Lee Do Hyun akan diambil alih, termasuk kisah cinta memilukan kepada seorang novelis, yang ternyata bekas kekasih Seo In Guk dahulu

 

Deaths game
6. Tidak ketinggalan, Seo In Guk juga akan masuk ke dalam tubuh Kim Jae Wook, seorang pelukis genius yang mempunyai sisi gelap yang misteri

 

Death game

7. Terakhir sekali, Seo In Guk akan beralih ke tubuh dua orang chaebol, Siwon dan Kim Ji Hoon. Dia akan menghadapi kehidupan mewah tetapi penuh ancaman yang mengerikan

Berbagai-bagai kehidupan mengerikan yang diberikan malaikat maut kepada Choi Yi Jae (Seo In Guk) bertujuan untuk membuatnya insaf sebelum kematiannya sendiri menjelma. Death’s Game akan ditayangkan secara secara perdana pada 15 Disember ini di Prime Video. Beberapa orang pelakon pembantu juga telah disahkan membintangi drama ini, seperti: Ryeo Un, Yoo In Soo dan Kim Sung Cheol. Jadi, jangan lupa untuk menonton!

Baca lagi: Drama Korea ‘DEATH’S GAME’ Akan Disiarkan Secara Eksklusif di Prime Video 15 Disember 2023
Baca juga: Lee Kwang Soo Jadi Lelaki Kurang Upaya dalam Filem “Inseparable Bros”, Adaptasi dari Kisah Benar