Home Artis Korea 7 Watak Wanita dalam Kdrama Sageuk 2023 yang Miliki Perniagaan Rahsia

7 Watak Wanita dalam Kdrama Sageuk 2023 yang Miliki Perniagaan Rahsia

0

Drama siri Korea sageuk pada tahun 2023 ini tampil dengan pelbagai tema menarik dan karakter yang memikat. Sebut sahaja beberapa watak wanita yang dalam diam menjalankan perniagaan rahsia mereka, pasti anda peminat setia akan teringat watak mereka bukan?

Uniknya sebagian dari watak-watak wanita ini berasal dari keluarga bangsawan dan kaya raya! Watak wanita dalam drama siri Korea sageuk 2023 yang sebenarnya mempunyai perniagaan rahsia ini adalah watak-watak yang benar-benar menarik. Mereka mempunyai alasan dan sebab tersendiri hingga sanggup bekerja secara sembunyi. Siapakah mereka?

Jom sama-sama kita kdrama sageuk apakah yang dilakonkan watak-watak ini:

 

8b07ea09 b86b 4612 9545 3d56804d17b4
1. Anak dari keluarga bangsawan yang dihormati dalam Kdrama The Story of Park’s Marriage Contract, Park Yeon Woo (Lee Se Young) secara sembunyi menjadi seorang pereka fesyen hanbok dan menjual rekaannya di kedai jahit terkenal. Rekaannya menjadi kegilaan ramai gadis dan wanita

 

f156f040 ef1f 461d 9976 12e8c6424afc
2. Jang Ga Ram (Pyo Ye Jin), merupakan orang gaji dalam Our Blooming Youth juga membantu perniagaan ubat-ubatan tradisional seorang anak bangsawan

 

7ba0e2c5 f7bd 44ff a5cc f701f64cf57a
3. Ejen pencari jodoh Ye So Rang (Park Ju Hyun) dalam The Forbidden Marriage menukar kerjaya dan beralih menjadi dukun istana kerana dia berbohong bahawa dia boleh melihat hantu

 

bb6f25f8 606c 4d0e 877f 5d51b73a7aaf
4. Selain kisah ejen pencari jodoh, The Matchmakers menarik perhatian ramai melalui kisah perjuangan penulis novel ‘kisah dewasa’ yang bernama Maeng Sam Soon (Jung Bo Min)

 

Kdrama sageuk
5. Yoon Dan Oh (Shin Ye Eun) dalam The Secret Romantic Guesthouse terpaksa menjalankan perniagaan gelap sebagai pengintip kepada pegawai kerajaan

 

Kdrama
6. Puteri Lee Yeon Joo (Bona WJSN) menyamar menjadi pelayan di rumah dagang supaya dia boleh menolong rakyat jelata dalam Joseon Attorney

 

Watak kdrama
7. Dalam kdrama siri My Dearest, Yoo Gil Chae (Ahn Eun Jin) yang merupakan salah seorang mangsa perang membuka perniagaan barangan dari seramik

Tujuh watak wanita dalam drama sageuk 2023 yang tersenarai di atas didorong oleh alasan kuat dan sebab mereka tersendiri hingga mereka nekad untuk bekerja dan mempunyai perniagaan rahsia. Bahaya dan halangan tidak menghentikan semangat mereka untuk bergerak lebih maju. Sikap bersungguh-sungguh yang patut diikuti oleh semua!

Baca lagi: Death’s Game: 7 Kehidupan Mengerikan yang Dilalui Seo In Guk
Baca juga: 5 Watak Ikonik yang Dibawa oleh Go Yoon Jung, Sangat Memukau