Home Disney+ Cinta Mula Berputik dalam Flex X Cop, Ahn Bo Hyun Mula Menyukai...

Cinta Mula Berputik dalam Flex X Cop, Ahn Bo Hyun Mula Menyukai Park Ji Hyun?

0

Jin I Soo (Ahn Bo Hyun) dan Lee Gang Hyun (Park Ji Hyun) dalam Flex X Cop pada mulanya ditampilkan sebagai dua orang individu yang mempunyai sikap dan perangai yang sangat berbeza.

Lee Gang Hyun sebagai seorang detektif yang mengetuai pasukan 1 divisyen jenayah berat dari Balai Polis Gangha yang sangat komited dalam menjalankan setiap misinya. Manakala Jin I Soo tampil sebagai seorang anak chaebol generasi ketiga yang selalu bersikao kekanak-kanakan, yang tiba-tiba sahaja masuk menjadi salah seorang detektif polis dalam pasukan Lee Gang Hyun.

Pada mulanya, kedua-dua mereka memang tidak sebulu. Jin I Soo selalu merasa bahawa Lee Gang Hyun mengetuai pasukan dengan sikap sombong dan angkuh kerana langsung tidak menghargai kehadirannya. Namun, secara perlahan-lahan mereka makin akrab. Jin I Soo bahkan kelihatan seperti sudah jatuh hati pada Lee Gang Hyun, berikut ulasannya.

 

 

Flex x cop
1. Sewaktu Gang Hyun dihukum oleh kapten, Jin I Soo tahu di mana tempat Gang Hyun menenangkan fikirannya yang kacau dan kusut

Baca juga: Ahn Bo Hyun Bawa Watak Polis Berwibawa dan Memukau dalam Flex X Cop

Flex x cop
2. Dia pergi ke tempat tersebut dan menemui Gang Hyun kemudian menghiburkannya. Jin I Soo juga menawarkan bantuan untuk menyiasat kes komuniti Oryun

 

 

a8ac1851 a016 4db1 bdbc df080e98fd27
3. Dia berani membahayakan nyawanya dan dalam diam masuk ke komuniti itu, demi membantu Gang Hyun membongkar kes tersebut

Baca lagi: 7 Dugaan Hidup Watak yang dibawa Ahn Bo Hyun dalam Flex X Cop, Nampak Ceria Sebenarnya Derita

 

1f487f29 85b1 4f7b a5c4 f3c69022efe2
4. Pada hari mereka melakukan serangan hendap terhadap musuh, dia cemburu melihat Gang Hyun berpelukan dengan Jun Young. Padahal dia yang menyelamatkan Gang Hyun waktu itu

 

 

b16eb614 3cf3 44d2 8678 de117be215a2
5. Semasa makan bersama Junyoung, dia bertanya adakah Junyoung mempunyai hubungan romantik dengan Gang Hyun. Dia menahan cemburu pada waktu itu

 

 

01fac4ae 75fd 45d6 91c7 d63958d94228
6. Semasa mengetahui bahawa Jun Young sudah mempunyai orang lain yang disimpan di hatinya, Jin I Soo merasa lega dan senang hati

 

 

185a6a7e e0cc 4eb5 966d eb4130ba3a6c

7. Kemudian keesokan harinya, dia membawa 2 cawan kopi untuk dia dan Gang Hyun. Dia bahkan melarang Jun Young untuk mengambil kopi itu

Semua kejadian dan perkara di atas menambah keyakinan para penonton bahawa hubungan romantik mula terbina antara Jin I Soo dan Lee Gang Hyun. Perlahan-lahan namun memang pasti, Jin I Soo mula secara terang-terangan mendekati Lee Gang Hyun. Adakah kedua-duanya akan bersama menyemai cinta dalam drama Flex X Cop ini?

Baca lagi: The Midnight Studio, 7 Perkara Menarik tentang Studio Gambar untuk Hantu
Baca juga: Anak Chaebol Berjiwa Iblis, Kejam dan Psiko dalam Kdrama 2024