Home Kdrama/Kmovie 5 Watak Menjengkelkan dalam Queen of Tears, Menyakitkan Hati

5 Watak Menjengkelkan dalam Queen of Tears, Menyakitkan Hati

0

Queen of Tears telah rasmi ditayangkan pada 9 Mac 2024 lalu. Drama Korea romantik, komedi, dan misteri ini menyoroti kisah hubungan rumah tangga Hong Hae In (Kim Ji Won) dan Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) yang kini berada di hujung tanduk. Di tahun ketiga perkahwinan mereka, pasangan suami isteri ini merasakan bahawa cinta di antara mereka makin hilang dimakan waktu.

Baca juga: 7 Petikan Babak Drama Terbaru Queen of Tears, Gandingan Hebat Kim Ji Won dan Kim Soo Hyun

Perbezaan kelas sosial dua keluarga pasangan ini juga adalah antara penyebab retaknya rumah tangga pasangan ini. Tambahan pula, keluarga Hong Hae In yang merupakan keluarga chaebol berpengaruh ini mempunyai banyak musuh yang iri hati dengan mereka. Watak-watak menjengkelkan dari dalam dan juga di luar keluarga turut menjadi penyumbang munculnya konflik dalam drama Korea ini.

Berikut dibawah ini adalah 5 watak menjengkelkan dalam drama Queen of Tears.

 

1. Hong Soo Cheol

Queen of tearsHong Soo Cheol (Kwak Dong Yeon) adalah adik kepada Hong Hae In. Ketinggalan dari belakang dari segi kebolehan mentadbir urus dari kakaknya, membuatnya menaruh rasa iri hati pada kakaknya itu. Dia kerap mengejek-ejek nama kakaknya di depan para pekerja syarikat.

Bukan hanya itu, dia juga tidak melepaskan peluang untuk merendah-rendahkan suami kakaknya. Baek Hyun Woo yang datang dari keluarga sederhana itu kerap direndahkan oleh Hong Soo Cheol. Memang selalu Hong Soo Cheol berbicara tanpa rasa hormat kepada Baek Hyun Woo.

 

2. Kim Sun Hwa

6deac8a7 fbb5 48f5 8ed7 b479dda15026Kim Sun Hwa (Na Young Hee) adalah ibu Hong Hae In. Walau begitu, Kim Sun Hwa menaruh perasaan benci kepada anak kandungnya itu. Dia menyalahkan Hong Hae In atas kematian anaknya yang lain.

Oleh sebab itu, dia terus-terusan bermusuhan dengan anaknya sendiri. Dia juga pilih kasih dan selalu membela Hong Soo Cheol walau Hong Soo Cheol melakukan kesalahan. Dia juga sering menyisihkan Hong Hae In. Dia pernah menyaman anaknya itu kerana kes perebutan tanah.

 

3. Hong Beom Ja

dca9ec95 1723 415e 8839 2e1dffce843b

Hong Beom Ja (Kim Jung Nan) adalah anak kepada pengasas Queens Group. Dia sangat panas baran dan selalu melakukan serangan ganas kepada ramai orang. Oleh sebab itu, dia kerap keluar masuk penjara kerana terus menerus mengulangi kesalahan yang sama.

Dia adalah anak yang memalukan dalam keluarga Queens Group. Sewaktu majlis peringatan hari kematian mendiang ibunya, dia mengganggu majlis dengan perbuatan yang tidak bermoral. Dia juga turut mengganggu majlis perkahwinan bekas suaminya.

 

4. Yoon Eun Seong

be58e051 48a5 4d1f 8622 ed99365bd3d9Yoon Eun Seong (Park Sung Hoon) adalah bekas kekasih Hong Hae In. Sikap buruknya di masa lalu membuatkan Hong Hae In membenci dirinya. Walau mengetahui Hong Hae In sudah berkahwin, dia masih obses dengan Hong Hae In.

Dia juga tampak terus menerus menggoda Hong Hae In walau mengetahui bahawa kini Hong Hae In adalah isteri Baek Hyun Woo. Dia juga memancing emosi Baek Hyun Woo di program berburu keluarga Queens Group. Dia tampak merendahkan Baek Hyun Woo dan terlalu berbangga diri.

 

5. Grace Go

f64b7609 537f 4a2d 90cd b040c471658cGrace Go (Kim Joo Ryung) adalah pemilik salon yang memiliki banyak pelanggan dari kalangan chaebol. Oleh sebab itu dia juga dikenali sebagai ejen pencari jodoh di kalangan keluarga chaebol. Dia mengenalkan anak-anak chaebol dengan pasangan chaebol lain.

Namun, wanita separuh usia ini rupa-rupanya pandai bermain lidah. Dia yang gagal menjodohkan Hong Hae In dengan Yoon Eun Seong dahulu kini selalu mengganggu rumah tangga Hong Hae In dengan Baek Hyun Woo. Dia berusaha menghasut Baek Hyun Woo dengan mengatakan bahawa Hong Hae In tidak benar-benar mencintainya.

Tindakannya menambah buruk keadaan kerana waktu itu hubungan rumah tangga Hong Hae In dan Baek Hyun Woo memang sedang renggang.

Lima watak menjengkelkan di atas berjaya menambah konflik yang ada dalam drama Korea Queen of Tears. Bukan hanya hubungan rumah tangga Hong Hae In dan Baek Hyun Wook sahaja yang bermasalah, namun juga hubungan dalam keluarga Queens Group. Adakah kedua-dua watak utama ini boleh melepaskan diri dari watak-watak jahat ini?

Drama Korea ini telah mula ditayangkan pada 9 Mac di Netflix. Jangan lupa untuk menonton Drama Queen of Tears ya!

Baca lagi: 6 Watak Pembantu dalam Queen of Tears yang Memainkan Peranan Penting, Semua Pelakon Hebat
Baca juga: 6 Kdrama Menarik yang Dibintangi Kim Soo Hyun, Bakal Muncul dalam Queen of Tears