Home Artis Korea Byeon Woo Seok Makin Mendapat Perhatian, Ini 6 Kdrama dan Filem Terbaik...

Byeon Woo Seok Makin Mendapat Perhatian, Ini 6 Kdrama dan Filem Terbaik Dibintanginya

0

Byeon Woo Seok kini semakin terkenal kerana dia telah membawa watak dalam banyak drama Korea hits. Terbaru, pelakon yang dilahirkan pada tahun 1991 ini kembali mencuri perhatian para peminat drama Korea melalui wataknya dalam LOVELY RUNNER.

Memulakan kerjaya sebagai seorang model, Byeon Woo Seok mula debut dalam bidang lakonan pada tahun 2016. Waktu itu, drama pertamanya adalah DEAR MY FRIENDS. Merintis kerjaya sebagai pelakon dengan watak pembantu dan juga watak cameo, Byeon Woo Seok kini semakin banyak mendapat watak utama dalam drama Korea.

Terdapat beberapa drama dan filem Korea lakonannya yang mendapat rating tinggi. Berikut dibawah ini adalah 6 buah drama dan filem terbaik lakonan Byeon Woo Seok dengan rating yang tinggi.

 

1. LOVELY RUNNER (2024)

Byeon woo seokDrama Korea terbaru ini mengangkat genre romantik, komedi dan fantasi, pelakon Byeon Woo-seok membawa watak utama. Dia membawa watak sebagai seorang bintang idola yang bernama Ryu Seon Jae. Kisah dimulakan dengan pertemuan antara Ryu Seon Jae dan peminat setianya iaitu Im Sol.

Baca juga: 5 Sebab Mengapa “Lovely Runner” Harus Ditonton, Confirm Layan

2. STRONG GIRL NAMSOON (2023)

IMG 3985STRONG GIRL NAMSOON merupakan drama Korea dengan rating tertinggi yang dibintangi oleh Byeon Woo Seok. Drama Korea ini menggabungkan genre romantik, aksi, komedi dan supernatural. Watak Byeon Woo Seok dalam drama ini adalah sebagai pelakon utama bernama Ryu Shi Oh. Dia menjadi Villain yang juga merupakan ketua sebuah syarikat besar yang mengeluarkan dadah terlarang.

 

3. 20th Century Girl (2022)

IMG 3988

20th Century Girl mengisahkan tentang Na Bora (Kim Yoo Jung) yang berusaha membantu sahabat baiknya Yeon Doo (Roh Yeon Seo) dalam mengejar jejaka yang disukainya iaitu Baek Hyun Jin (Park Jung Woo). Di tengah misinya, Bo Ra malah rapat dan menyukai sahabat Hyun Jin iaitu Poong Woon Ho (Byeon Woo Seok) yang selalu bersikap manis kepadanya. Filem berlatar tahun 1999 tersebut menjadi salah satu film Korea yang wajib untuk kamu tonton sekarang juga.

 

4. MOONSHINE (2021)

7266ab62 340d 4ed1 8d8a b5c9f4ca8a83Drama Korea ini menggabungkan genre aksi, sageuk, komedi dan romantik. Byeon Woo Seok membawa watak utama iaitu sebagai Lee Pyo. MOONSHINE mengisahkan tentang pertemuan tiga watak utama dalam situasi yang cukup menarik.

 

5. RECORD OF YOUTH (2020)

d470e130 662d 4066 a359 6f0eb4695ed0Drama Korea ini menggabungkan kisah romantik, kehidupan dan remaja. Byeon Woo Seok melakonkan watak utama yang bernama Woo Hae Hyo. RECORD OF YOUTH mengisahkan tentang tiga watak utama yang berusaha mengejar impian mereka.

 

6. FLOWER CREW: JOSEON MARRIAGE AGENCY (2019)

5844e799 138a 41c3 9494 0456d93151f8

Drama Korea ini mengangkat genre sageuk, romantik, dan komedi. FLOWER CREW: JOSEON MARRIAGE AGENCY menyoroti kisah Raja Joseon bernama Lee Soo. Dia menduduki takhta di usia yang sangat muda.

Demikian sahaja 6 buah cadangan drama dan filemKorea terbaik yang pernah dibintangi oleh Byeon Woo Seok. Drama-drama Korea di atas menampilkan Byeon Woo Seok dalam pelbagai karakter dan kini pelakon ini sedang meningkat naik.

Baca lagi: 9 Kdrama Punya Vibe Sama Seperti Lovely Runner
Baca juga: 4 Drama Korea Tampilkan Plot Penjelajahan Masa kembali ke Zaman Sekolah, Misi Baiki Masa Depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here