Home Kdrama/Kmovie 7 Filem Korea Fantasi Menarik Ditonton, Dari Genre Aksi hingga Komedi

7 Filem Korea Fantasi Menarik Ditonton, Dari Genre Aksi hingga Komedi

0

Filem Korea fantasi memang sangat diminati. Selalunya filem Korea dengan sub-genre fantasi mempersembahkan jalan cerita yang unik dan berbeza.

Bukan hanya memiliki tema dengan unsur misteri dan thriller, filem-filem Korea fantasi juga ada yang mengangkat tema aksi, romantik, komedi dan juga menggabungkan beberapa tema dalam satu cerita.

Berikut dibawah ini adalah pilihan filem Korea fantasi yang menarik untuk ditonton.

 

1. Mr. Zoo: The Missing VIP (2020)

Filem korea fantasiFilem Korea fantasi Mr. Zoo: The Missing VIP mengisahkan tentang seorang ejen dari Badan Keselamatan Nasional Korea Selatan (NIS) yang bernama Joo Tae Joo (Lee Sung Min). Dia bertugas menjaga seorang VIP yang juga merupakan seorang ejen NIS. Namun, VIP tersebut secara tiba-tiba menghilang. Ejen Joo panik hingga mengalami kemalangan. Anehnya, kemalangan itu membuatnya tiba-tiba boleh mendengar serta memahami bahasa binatang. Berbekalkan kebolehan barunya itu, dia berusaha mencari VIP yang hilang dengan dibantu oleh Ali, seekor anjing tentera.

Tonton di YOUTUBE

 

2. The Divine Fury (2019)

32277b95 6c17 440e afd6 230a328df7aeFilem seram thriller Korea ini menceritakan tentang seorang atlet MMA yang mendapat kekuatan menghapuskan iblis selepas mengalami mimpi aneh. Yong-hoo (Park Seo-joon) sangat bencikan Tuhan sejak dia kecil lagi. Kerana semasa kecil, doanya untuk menyelamatkan ayahnya tidak dikabulkan oleh Tuhan. Setelah menyertai pertandingan di luar negara, Yong-hoo tiba-tiba mengalami mimpi aneh. Di sana, dia bertemu ayahnya yang sudah meninggal dunia.

Namun, sewaktu terjaga, Yong-hoo mendapati terdapat luka di tangannya. Luka di tangannya berbentuk stigmata, kemudian dia memiliki kekuatan untuk melawan kekuatan iblis jahat. Namun, perkara itu membuatkan Yong-hoo merasa tidak aman sehingga dia meminta bantuan seorang pastor. Di sana, dia bertemu dengan Ahn (Ahn Sung-ki), seorang pastor yang juga pengusir syaitan dari Itali.

Melihat luka di tangan Yong-hoo, pastor tersebut menganggap tanda itu merupakan sebuah anugerah. Hingga mereka berdua akhirnya bekerjasama untuk melawan iblis di Korea.

Tonton di VIU

 

3. Be With You (2018)

63169f04 b36e 4238 8f5d dc7f22dbb8ecBe With You merupakan filem Korea fantasi yang bertemakan keluarga dari yang sangat menarik untuk ditonton. Filem ini diarahkan oleh Lee Jang-hoon dengan menampilkan Son Ye Jin, So Ji-sub dan Park Seo-joon. Mengisahkan tentang seorang bapa tunggal yang dikejutkan dengan kepulangan isterinya yang telah meninggal dunia. Walau isterinya tidak mengingati apa-apa, kemunculannya membawa harapan dan cinta hidup kembali dalam hidup mereka.

Tonton di YOUTUBE

 

4. Psychokinesis (2018)

Filem korea fantasiPsychokinesis merupakan filem Korea fantasi yang menceritakan tentang manusia luar biasa yang juga dibintangi oleh Ryu Seung Ryong. Dalam drama Korea Moving, pelakon ini membawa watak sebagai Jang Joo Won yang mana boleh menyembuhkan kecederaan tubuhnya dengan sangat cepat, dia seolah-olah tidak akan mati.

Sementara itu dalam filem Psychokinesis, dia membawa watak sebagai Shin Seok Heon, seorang pengawal keselamatan yang boleh terbang dan juga memiliki kebolehan telekinesis (memindahkan benda dengan kekuatan fikiran), kuasa tersebut dimilikinya selepas dia minum air pegunungan yang terkena meteor yang jatuh.

Tonton di NETFLIX

 

5. Lucid Dream (2017)

f2762035 4fd4 435d 87f0 b2b3c438cf8cFilem Korea fantasi yang ditayangkan pada tahun 2017 ini membawa genre sains fiksyen, misteri, thriller dan juga fantasi. Pengarah dan penulisnya adalah Kim Joon Sung.
Lucid Dream mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Dae Ho. Dia adalah seorang wartawan penyiasatan yang berusaha mencari anaknya yang diculik tiga tahun lalu. Dia menggunakan cara untuk menelusuri ingatan saksi atas kejadian tersebut melalui teknik lucid dreaming. Untuk melakukannya dia dibantu oleh seorang detektif dan pakar psikiatri.

Tonton di NETFLIX

 

6. Train to Busan (2016)

21866013 4b3b 4904 84c9 0ca1c8636b89Dalam filem ini kita akan melihat pelakon terkenal Gong Yoo menjadi zombie. Train to Busan (2016) merupakan filem pertama dari sekuel Peninsula (2020). Filem ini mengisahkan tentang seorang ayah (Gong Yoo) dan anaknya yang sedang dalam perjalanan menuju ke Busan. Namun, virus zombie tersebar dengan cepat sehingga membuatkan perjalanan mereka penuh dengan cabaran dan rintangan. Selain membuat jantung berdebar dengan pantas, filem ini juga sangat menyayat hati dengan beberapa adegan kekeluargaan.

Tonton di NETFLIX

 

7. Alice: Boy From Wonderland (2015)

a13bf36a 9aa7 4375 9513 993d155eb4d0Alice: Boy From Wonderland adalah filem Korea fantasi yang diarahkan oleh Heo Eun Hee. Ditayangkan pada tahun 2015, filem yang berdurasi 122 minit ini mengisahkan tentang mimpi buruk Hye Jong yang menjadi kenyataan. Untuk melepaskan diri dari maut, Hye Jong perlu pulang ke rumah lama milik keluarganya. Di sana, ternyata telah ada dua orang asing serta seekor arnab putih yang menunggunya. Bagaimanakah nasib Hye Jong?

Tonton di YOUTUBE

 

8. The Odd Family: Zombie On Sale (2010)

02897491 1a0a 4052 a8fe 3a646d3aae79Filem Korea fantasi ini mengisahkan tentang Man Deok, seorang lelaki yang mempunyai tiga orang anak: Joon-Gul, Min-Gul, dan Hae-Gul. Kehidupan Man Deok tampak sukar kerana beberapa perniagaannya tidak berkembang. Suatu hari, kampung Man Deok dikejutkan dengan kemunculan seorang lelaki yang aneh. Lelaki tersebut menggigit kepala Man Deok secara tiba-tiba.

Anehnya, keesokan harinya Man Deok terbangun dengan kulit wajahnya kembali tegang seperti muda kembali, dan waktu itu dia yakin bahwa lelaki yang menggigitnya adalah zombie. Berbeza dengan filem bertemakan zombie yang lain, The Odd Family: Zombie on Sale memaparkan kisah yang ringan dan menghiburkan.

Tonton di SOOKA

Demikian sahaja beberapa pilihan filem Korea dengan sub-genre fantasi yang menghiburkan. Pelbagai genre ditampilkan untuk memudahkan anda memilih tontonan yang bersesuaian dengan selera anda. Selamat menonton ya!

Baca lagi: 7 Filem Psiko Thriller Korea, Sangat Mencemaskan, Ending di Luar Jangkaan
Baca juga: 7 Filem Korea Paling Lagenda, Pencetus Idea Genius dalam Industri Filem Korea