Home Kdrama/Kmovie 7 Filem Korea Paling Lagenda, Pencetus Idea Genius dalam Industri Filem Korea

7 Filem Korea Paling Lagenda, Pencetus Idea Genius dalam Industri Filem Korea

0

Industri perfileman Korea sudah wujud sejak seabad lalu. Pelbagai filem Korea telah dihasilkan sejak pertama kali The Righteous Revenge ditayangkan pada tahun 1919.

Menurut tulisan pemerhati perfileman Korea iaitu Darcy Paquet, ‘A Short History of Korean Film’, filem Korea ‘The Righteous Revenge’ merupakan sebuah kino (projektor) drama dimana para pelakon berlakon di sebalik layar yang disinari cahaya.

Sejak waktu itu, pelbagai filem cuba dihasilkan oleh para pengkarya Korea. Hingga pada tahun 1935, filem Chunhyangjeon adalah filem bersuara pertama di Korea dan The Women’s Diary pada 1949 merupakan filem berwarna Korea yang pertama dihasilkan.

Namun filem legenda Korea bukan hanya filem-filem yang disebutkan di atas, ada beberapa buah filem yang merupakan penggerak dan pencetus idea kreatif dan genius dalam industri perfileman Korea dalam jangka masa 100 tahun ini. Jom kita lihat beberapa senarainya dibawah ya!

 

Chunhyangjeon (1955)

Filem koreaKisah legenda Chunhyang-jeon pernah dihasilkan kembali pada tahun 1955, ketika perfileman Korea mula mengecapi zaman kegemilangan.

Filem ini mengisahkan tentang gadis yang bernama Chunhyang yang kesetiaannya diuji semasa tunangnya, Lee pergi meninggalkan kampung untuk mencuba nasib di kota. Semasa ditinggalkan kekasih, Chunhyang didekati oleh orang berkuasa tempatan yang berusaha mendapatkan gadis itu.

Chunhyang tetap bertahan dengan kesetiaannya walau kemudian dia dihukum penjara oleh orang berkuasa tersebut. Lee berjaya mendapat pekerjaan sebagai detektif penyiasat dan berjaya membongkar kes rasuah pegawai berkuasa itu kepada Raja, dan berjay membebaskan Chunhyang.

 

The Housemaid (1960)

0558313f 5e7b 430a a8af 4c56476873aeFilem The Housemaid mengisahkan tentang pengalaman seram yang dialami sebuah keluarga semasa kedatangan seorang wanita cantik yang mahu bekerja sebagai pembantu rumah. Namun pembantu rumah tersebut memiliki niat lain terhadap keluarga itu. Dia mendekati tuan rumah dan berjaya menggodanya. Selepas tuannya berada dibawah kuasanya dan skandal yang jijik, dia kemudian menjadi mimpi buruk buat keluarga tersebut.

Filem yang disebut sebagai salah sebuah filem terbaik Korea sepanjang zaman ini pernah dibuat lagi pada tahun 2010 oleh Im Sang-soo. The Housemaid versi 2010 meraih banyak pujian dan anugerah, contohnya seperti pencalonan Palme d’Or di Cannes Film Festival.

Baca lagi: 7 Pilihan Filem Korea Bertemakan Detektif, Pelbagai Kisah Jenayah Mengerikan

The March of Fools (1975)

Filem koreaThe March of Fools merupakan filem komedi yang digarap oleh Ha Gil-jong dan adaptasi dari novel karya Choi In-ho. Kisah filem ini menceritakan tentang dua orang lelaki yang belajar dalam bidang falsafah yang jatuh cinta kepada dua teman wanita mereka yang merupakan pelajar bidang bahasa Perancis. Kedua-dua lelaki ini berniat mahu melamar dua wanita tersebut namun ditolak kerana mereka dianggap tidak memiliki masa depan yang cerah.

 

Good Windy Days (1980)

c4bcfefc 7712 4500 bbcf 84a2e5ef4f66Good Windy Days mengisahkan tentang tiga orang lelaki kelas pertengahan yang bersahabat dan memikirkan masa depan mereka dengan dengan kekasih yang mereka sayang. Suatu hari, mereka berkumpul untuk minum-minum dan saling bercerita perjalanan hidup dan kebimbangan mereka. Namun selepas itu, mereka menghadapi ujian-ujian yang mengubah hidup mereka selamanya.

Filem Korea ini diterima dengan baik dan berjaya meraih pelbagai anugerah, seperti Grand Bell Awards dan Baeksang Arts Awards untuk Pengarah Terbaik, Adaptasi Layar Terbaik, dan Penampilan Pelakon Lelaki Baru Terbaik.

Baca lagi: Filem Korea Dengan Rating Boleh Tahan, Sudahkah Anda Menonton 10 Filem Korea 2023 Ini?

The Day a Pig Fell into the Well (1996)

e4b6a16b 9dd1 4231 81c2 2a11cabd1348Filem Korea The Day a Pig Fell into the Well mengisahkan tentang perjalanan Tong-u, seorang lelaki yang berkahwin di usia 30-an saat yang berkunjung ke Chonju, empat jam perjalanan menaiki bas dari Seoul. Selepas menghadapi pelbagai insiden, dia mula hilang keyakinan dan hilang arah sert merasa kecewa.

Dia terpaksa menginap di sebuah tempat yang sangat asing baginya. Tanpa disangka, tempat itu rumah pelacuran. Hidup Tong-u kemudian semakin rumit selepas dia mengalami insiden kondom bocor dengan salah seorang pekerja seks di situ.

Filem Korea ini diangkat dari buku karya John Cheever ini meraih banyak anugerah, salah satu anugerah yang diterima adalah Pengarah Terbaik untuk Hong Sang-soo di Korean Blue Dragon Film Award.

 

Memories of Murder (2003)

30cd7e80 7fb2 42da b188 cc66a3414dc0Kisah pembunuhan di Hwaseong pada era ’80-an pernah diangkat menjadi filem bertajuk Memories of Murder pada tahun 2003. Filem itu dibintangi oleh Song Kang-ho sebelum dia menjadi pemandu teksi dalam A Taxi Driver dan sebagai ketua sebuah keluarga miskin dalam Parasite.

Dalam filem Korea Memories of Murder, Song Kang-ho membawa watak sebagai Park Doo-man, seorang detektif di bandar kecil yang berusaha memecahkan misteri pembunuhan bersiri. Waktu itu, dia dibantu oleh Seo Tae-yoon (Kim Sang-kyung), detektif muda yang berasal dari Seoul yang lebih berpengalaman jika dibandingkan dengan Park Doo-man.

Memories of Murder merupakan filem Korea kedua yang diarahkan dan ditulis oleh Bong Joon-ho. Selepa ditayangkan, filem ini mendapat pujian dari para peminat dan pengkritik filem. Lebih manis lagi, banyak anugerah berjaya diraih oleh filem Memories of Murder seperti Anugerah Filem Terbaik di Chunsa Film Art Awards, Grand Bell Awards, Korean Film Awards, serta Filem Asia Terbaik di Tokyo International Film Festival.

 

Parasite (2019)

45270f2e fd4f 4f87 8e70 6372b3651dd9Filem Parasite karya Boong Joon-ho menjadi hangat selepas memenangi Palme d’Or, kategori tertinggi di anugerah berprestij Cannes Film Festival 2019.

Filem ini meraih pujian dari ramai pengkritik filem dan bukan hanya dari juri Cannes Film Festival, filem ini juga mendapat pujian dari para pengkritik filem Hollywood. Laman aggregator Rotten Tomatoes memberikan skor 100 peratus untuk filem ini.

Parasite mengisahkan tentang kehidupan keluarga Kim Ki-taek (Song Kang-ho), seorang ketua kelurga bersama isterinya Choong Sook (Jang Hye-jin) dan dua orang anak mereka yang sudah berusia belasan tahun di sebuah apartment bawah tanah yang sangat daif. Mereka semua adalah penganggur.

Untuk memenuhi keperluan hidup, mereka mengambil upah melipat kotak pizza dan kemudian segala-galanya berubah apabila mereka menjadi parasit bagi sebuah keluarga kaya raya. Pelbagai konflik yang berakhir dengan tragedi berlaku dalam filem ini.

Tiada yang lama, tiada yang baru bukan? Memang ramai pengkarya filem mengambil idea dan inspirasi dari filem-filem lama untuk mereka adukkan menjadi sebuah karya yang hebat. Filem mana yang sudah anda tonton?

Baca lagi: 8 Filem Terbaik Tema Lari Dari Penjara, Mendebarkan Tampilkan Plot Berbeza
Baca juga: 6 Drama Hantu Lucu Korea yang Pasti Menghiburkan