Home Movie 8 Filem Terbaik Tema Lari Dari Penjara, Mendebarkan Tampilkan Plot Berbeza

8 Filem Terbaik Tema Lari Dari Penjara, Mendebarkan Tampilkan Plot Berbeza

0

Filem-filem yang menampilkan aksi melarikan diri dari penjara memang mempunyai peminat tersendiri. Pelbagai cara dilakukan untuk melepaskan diri dari jeriji besi.

Berikut dibawah ini adalah senarai filem yang bertemakan lari dari penjara dan ada diantaranya diinspirasikan dari kisah benar.

 

1. Escape Plan

FilemDibintangi oleh dua orang pelakon terkenal, Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger. Filem ini menceritakan tentang Ray Breslin, seorang pakar keselamatan struktur khas untuk fasiliti penjara.

Dia mendapat tawaran untuk memeriksa fasiliti penjara yang disebut-sebut antara yang sangat sukar untuk ditembusi. Breslin yang merasa dia yang terbaik dalam bidangnya, mampu menembusi fasiliti penjara yang didakwa tidak dapat ditembus oleh siapapun.

Tapi setibanya di sana, dia ternyata mengalami kesukaran untuk melarikan diri dari penjara itu dan dia sedar bahawa dia telah ditipu oleh seseorang yang ingin memenjarakannya seumur hidup.

 

2. The Next Three Days

bc057a41 763a 4553 91f6 b580959a6379The Next Three Days adalah filem thriller yang dibintangi oleh Russell Crowe dan Elizabeth Banks dan mereka membawa watak sebagai suami isteri, John dan Lara Brennan.

Filem ini fokus menceritakan usaha John untuk membebaskan isterinya, Lara, yang dihukum penjara tuduhan kes jenayah pembunuhan yang tidak dilakukannya. John sudah melakukan banyak cara untuk membersihkan nama isterinya melalui kaedah undang-undang.

Tetapi semua bukti mengarah kepada isterinya. John akhirnya terpaksa merancang strategi untuk menyelamatkan isterinya dari hukuman.

 

3. Breakout Brothers

a1d370f3 a0d3 4538 9499 57e10d4055a7Breakout Brothers adalah filem aksi komedi dari Hong Kong yang cukup terkenal pada tahun 2020. Filem ini menceritakan tentang empat tahanan yang bekerja sama untuk melarikan diri dari penjara. Bukan tanpa sebab, mereka dihumban ke penjara selepas diperangkap oleh seseorang.

Akhirnya mereka berempat memutuskan untuk bekerja sama melarikan diri dari penjara dan berharap dapat memperbaiki kehidupan mereka setelah bebas.

 

4. The Great Escape

8bc80670 e651 4f03 93e8 8bb10d961462Seterusnya adalah filem klasik berjudul The Great Escape yang diambil dari kisah benar pelarian tahanan perang dari kem penjara Jerman semasa Perang Dunia II.

Filem ini menceritakan tentang sekumpulan tahanan perang yang ditempatkan di sebuah kem penjara Jerman yang sangat sukar ditembusi. Para tahanan yang berada di situ berasal dari berbagai-bagai negara dengan kepakaran khas yang berbeza-beza.
Akhirnya mereka bekerja sama untuk merancang strategi bagi mearikan diri dari penjara.

Akhirnya mereka mula menggali tiga terowong dinamakan sebagai “Tom”, “Dick”, dan “Hillary”, dengan harapan sekurang-kurangnya salah satu terowong tersebut boleh menembusi bahagian luar kem tanpa dikesan. Selain menggali terowong, mereka juga bersama-sama membuat dokumen palsu, pakaian awam, dan peralatan lain yang diperlukan semasa mereka melarikan diri.

 

5. Chicken Run

e1938d58 578d 4db9 be42 91bc150daf9aChicken Run adalah filem animasi yang sangat terkenal pada tahun 2000. Filem ini menceritakan tentang sekawan ayam yang berusaha melarikan diri dari sebuah ladang penternakan selepas mereka mengetahui bahawa pemilik penternakan ingin mengubah fokus perniagaan dari menjual telur kepada perniagaan ayam.

Ginger, ayam betina yang cerdas, berusaha mencari cara untuk melarikan diri bersama kawan-kawan ayamnya. Tidak terkira berapa banyak cara yang dilakukan untuk melarikan diri. Tapi Ginger dan kawan-kawannya selalu gagal. Situasi mula berubah apabila seekor ayam jantan dari Amerika, Rocky, tinggal di bersama mereka.

Pada awalnya mereka menyangka Rocky boleh terbang dan boleh mengajar mereka. Sayangnya, Rocky hanya ayam biasa yang tidak memiliki kebolehan untuk terbang seperti burung. Akhirnya sekawan ayam itu mengubah strategi lain supaya mereka boleh melarikan diri.

 

6. King Of Devil’s Island

783b1d8f 8bed 456e aed9 fd70ed0db06aKing of Devil’s Island adalah filem drama sejarah dengan latar belakang awal abad ke-20 di Bastøy, sebuah pulau di fjord Oslo, Norway. Filem ini diinspirasikan dari pemberontakan sebenar yang terjadi di pulau tersebut pada tahun 1915.

Anak-anak lelaki di Bastøy diberi nombor sebagai pengganti nama mereka dan dipaksa untuk bekerja keras setiap hari, menderita dengan kekerasan fizikal dan emosional oleh para pengawal. Situasi mula berubah apabila ada seorang tahanan baru yang keras kepala dan berani dipindahkan pulau itu. Tahanan baru itu tidak mahu patuh terhadap arahan kejam, akhirnya dia mula merancang aksi pemberontakan yang paling kejam dalam sejarah.

 

7. Escape From Alcatraz

45908dec 1fb1 4f2a a226 22fd27603440Escape from Alcatraz adalah filem thriller yang diadaptasi pada buku non-fiksyen yang ditulis oleh J. Campbell Bruce, yang menceritakan tentang usaha melarikan diri dari penjara Alcatraz yang terkenal dengan sistem keselamatan yang ketat.

Filem tentang penjara ini mengikuti kisah Frank Morris, seorang banduan yang dihantar ke Penjara Alcatraz. Morris yang sangat pintar, mula merancang melarikan diri bersama dengan beberapa tahanan lain, termasuk Anglin, John, dan Clarence. Mereka bekerja sama secara rahsia untuk menggali jalan keluar dari sel dengan menggunakan alatan seadanya.

Hasil kecerdikan dan ketekunan, mereka akhirnya berjaya melepasi sistem keselamatan penjara. Setibanya di pesisir pantai, mereka terus melarikan diri dengan menggunakan rakit yang dibuat dari baju hujan.

 

8. The Shawshank Redemption

17404c31 b2c4 4c0b ba3e 84af9ed6b4b2 1

Filem ini diadaptasi dari novel Stephen King yang berjudul “Rita Hayworth and Shawshank Redemption”. Fokus jalan cerita filem ini adalah tentang Andy Dufresne, seorang pegawai bank yang dihukum seumur hidup di Penjara Shawshank atas tuduhan membunuh isteri dan kekasihnya, sebuah kejahatan yang tidak pernah dilakukannya.

Di dalam penjara, Andy bertemu dengan Ellis Boyd “Red” Redding, seorang banduan yang menjalani hukuman seumur hidup. Mereka menjadi sahabat, sehingga Andy yang merupakan tahanan baru boleh menghadapi kehidupan penjara yang keras dengan mudah.

Bukan hanya itu sahaja, Andy juga menggunakan pengetahuannya tentang kewangan untuk membantu pegawai penjara melakukan penggelapan wang haram. Bantuannya ini sangat dihargai oleh mereka, sehingga Andy mendapat perlindungan yang lebih. Kehidupannya selama di penjara sangat selesa. Tapi, Andy berharap dia boleh keluar dan hidup bebas di luar penjara.

Pastikan anda menyediakan popcorn semasa menonton ya! Pasti anda akan berdebar sepanjang jalan cerita. Selamat menonton!

Baca lagi: 6 Drama Hantu Lucu Korea yang Pasti Menghiburkan
Baca juga: 5 Filem Psikopat Korea, Kisah Fiksyen dan Kisah Benar yang Menakutkan