Home Kdrama/Kmovie ‘Frankly Speaking’ Kdrama Komedi Romantik Terbaru Tayang 1 Mei Ini

‘Frankly Speaking’ Kdrama Komedi Romantik Terbaru Tayang 1 Mei Ini

0

‘Frankly Speaking’ JTBC semakin menghampiri tayangan perdananya!

Setelah sekian lama ditunggu-tunggu, Go Kyung Pyo akhirnya akan membuat kemunculan lagi. Teaser untuk ‘Frankly Speaking’ menarik perhatian penonton dengan lakonan Go Kyung Pyo yang penuh semangat dan komited, yang sudah membawa banyak ketawa kerana dia bebas menggunakan wajahnya dan menggabungkan komedi fizikal. Dedikasinya terhadap wataknya meningkatkan lagi penantian untuk persembahan dalam drama ini nanti!

IMG 3996 IMG 3998

Drama Korea terbaharu bakal ditayangkan ini merupakan projek lakonan perdana Go Kyung Pyo pada tahun 2024 ini, selepas kali terakhir muncul dalam drama siri popular D.P. 2 pada tahun 2023 lalu.

Frankly Speaking mengisahkan tentang Song Ki Baek (Go Kyung Pyo), seorang juruhebah, yang secara tidak disangka diserang penyakit yang tidak membenarkannya mengawal kata-kata yang keluar dari mulutnya. Tertarik dengan cara pertuturan Song, penulis rancangan TV yang bersemangat On Woo Joo (Kang Han Na) menjemputnya ke rancangan variasinya.

Bagi anda yang sudah tidak sabar lagi, berikut dibawah ini adalah sinopsis lengkap dan senarai pelakon Frankly Speaking, drama Korea terbaru Go Kyung Pyo dan Kang Han Na. Mari sama-sama kita lihat.

 

1. Sinopsis Frankly Speaking

Frankly speaking Drama Korea Frankly Speaking membawa genre romantik dan komedi berlatarkan dunia penyiaran. Go Kyung Pyo membawa watak sebagai sebagai Song Ki Baek, seorang penyiar TV yang dikenali memiliki perangai yang baik dan sopan sehingga sekali dipuji oleh ramai orang.

Namun situasi berubah selepas Song Ki Baek secara tidak dijangka tiba-tiba suka bercakap kasar, tidak berfikir panjang, dan menyakitkan hati ramai orang. Perubahan ini tentu sahaja menjadi persoalan baru dalam kehidupannya sebagai penyiar TV yang mempunyai imej yang baik.

Song Ki Baek bertemu dengan On Wo Joo, seorang penulis variety show yang dilakonkan oleh Kang Han Na. Namun, perubahan perilaku yang terjadi terhadap Song Ki Baek membuatkan On Wo Joo tertarik untuk mengundangnya dalam projek acaranya.

Seiring berjalannya waktu, hubungan antara Song Ki Baek dan On Woo Joo makin rapat membuahkan benih-benih cinta. Bagaimanakah seterusnya kisah asmara kedua-dua mereka? Nantikan ya!

 

2. Senarai pelakon Frankly Speaking

IMG 3993Bukan hanya Go Kyung Pyo dan Kang Han Na, berikut ini adalah senarai pelakon drama Korea Frankly Speaking.

● Go Kyung Pyo sebagai Song Ki Baek
● Kang Han Na sebagai On Woo Joo
● Joo Jong Hyuk sebagai Kim Jung Heon
● Lee Bom So Ri sebagai Lee Ha Young
● Lee Ji Myeong
● Lee Si On

 

3. Tarikh tayangan Frankly Speaking

IMG 3994Drama Korea Frankly Speaking dirancang akan ditayangkan secara perdana pada 1 Mei 2024 melalui saluran JTBC. Sementara itu, secara global drama ini boleh ditonton di Netflix. Nantikan ya!

Baca lagi: Byeon Woo Seok Makin Mendapat Perhatian, Ini 6 Kdrama dan Filem Terbaik Dibintanginya
Baca juga: Anda Sukakan Queen of Tears? Tonton 6 Kdrama Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here