Home Kdrama/Kmovie Bulan Mei Bakal Menyajikan 3 Kdrama Komedi Romantik Menarik untuk Anda

Bulan Mei Bakal Menyajikan 3 Kdrama Komedi Romantik Menarik untuk Anda

0

Terdapat beberapa buah Kdrama rom-com atau romantik komedi yang bakal ditayangkan pada bulan Mei 2024. Salah sebuah Kdrama yang menarik perhatian adalah drama terbaru Go Kyung Pyo yang bertajuk Frankly Speaking. Para peminat memang menantikan drama tersebut kerana mahu melihat gandingan Go Kyung Pyo dengan Kang Han Na.

Selain Frankly Speaking, terdapat dua lagi Kdrama genre komedi romantik lain yang disahkan akan ditayangkan pada bulan Mei 2024. Jom kita lihat dibawah ya!

 

1. Frankly Speaking

KdramaFrankly Speaking dirancang akan ditayangkan pada tanggal 1 Mei 2024 di Netflix, dengan dibintangi oleh Go Kyung Pyo, Kang Han Na, dan Joo Jong Hyuk. Drama yang diproduksi oleh JTBC ini mengisahkan tentang Song Ki Baek (Go Kyung Pyo). Penyiar TV berwibawa ini mengalami kemalangan yang membuatnya tidak boleh mengawal kata-kata yang keluar dari mulutnya.

Manakala, On Woo Joo (Kang Han Na) yang merupakan penulis skrip variety show muncul dalam hidup Song Ki Baek. Semasa melihat keunikan yang dimiliki oleh Song Ki Baek, dia kemudian memujuknya untuk menyertai program acaranya.

 

2. The Midnight Romance in Hagwon

51b2d0e8 51ed 45fa 8531 4c6fc8f0681btvN mengesahkan bahawa drama The Midnight Romance in Hagwon akan ditayangkan secara perdana pada 11 Mei 2024 dan boleh ditonton secara streaming melalui platform TVING. Drama tersebut dibintangi oleh Wi Ha Joon dan Jung Ryeo Won.

The Midnight Romance in Hagwon menceritakan tentang Lee Jun Ho (Wi Ha Joon) yang baru sahaja berhenti kerja di sebuah syarikat besar. Dia beralih kerjaya menjadi guru tusyen. Lee Jun Ho kemudian bertemu kembali dengan bekas guru tusyennya yang bernama Seo Hye Jin (Jung Ryeo Won). Dari pertemuan tersebut kisah mereka bermula.

 

3. Treat Me Carelessly

Kdrama

Kim Myung Soo atau L INFINITE dan Lee Yoo Young bergandingan dalam drama komedi romantik yang bertajuk Treat Me Carelessly. Drama tersebut diadaptasi dari web novel dengan tajuk yang sama dan disahkan akan tayang di saluran televisyen KBS pada 13 Mei 2024.

Treat Me Carelessly menceritakan tentang Shin Yun Bok (Kim Myung Soo) yang memiliki latar belakang sebagai orang yang berpendidikan tinggi. Dia bertemu dengan Kim Hong Do (Lee Yoo Young) yang sedang merintis karier sebagai seorang pereka fesyen.

Drama komedi romantik mempunyai tempat tersendiri di hati para peminat drama Korea. Tiga drama di atas bakal menyajikan jalan cerita yang berbeza dan para peminat tentu sudah menantikan tayangan drama-drama ini. Nantikan ya!

Baca lagi: ‘Frankly Speaking’ Kdrama Komedi Romantik Terbaru Tayang 1 Mei Ini
Baca juga: 17 Pilihan Drama Korea Komedi dengan Lawak Pecah Perut, Menghiburkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here