Home Kdrama/Kmovie Anda Sukakan Queen of Tears? Tonton 6 Kdrama Ini

Anda Sukakan Queen of Tears? Tonton 6 Kdrama Ini

0

Queen of Tears adalah salah sebuah drama Korea yang hangat dibincangkan pada tahun 2024 ini. Menarik minat ramai peminat Kdrama, Queen of Tears berjaya meraih rating tinggi di tvN dan merupakan tontonan kegemaran di platform streaming Netflix.

Queen of Tears menyajikan tentang kehidupan pasangan suami isteri iaitu bernama Hong Hae In (Kim Ji Won) dan Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) yang penuh konflik. Hong Hae In yang berasal dari keluarga chaebol menghadapi berbagai-bagai masalah dengan Baek Hyun Woo yang berasal dari keluarga sederhana.

Untuk anda yang suka menonton drama seperti Queen of Tears yang di dalamnya menampilkan pasangan yang sukar berkomunikasi, mempunyai kehidupan yang jauh berbeza, dan saling berkorban, berikut dibawah ini adalah 6 cadangan drama Korea untuk tontonan anda.

 

1. Crash Landing on You (2019—2020)

Queen of tearsSeorang gadis Korea Selatan secara tidak sengaja masuk ke Korea Utara, dimana dia bertemu dengan seorang pegawai tentera yang tabah yang memutuskan untuk membantunya pulang, membawa kepada percintaan terlarang yang menentang sempadan politik. Mereka menghadapi ancaman di sekeliling hubungan mereka yang sangat sukar.

Baca juga: Setelah Mencantas Rating “Reply 1988”, Kini “Queen Of Tears” Mendahului “Goblin” Untuk Menjadi Drama Kedua Tertinggi Dalam Sejarah tvN

2. Descendant of the Sun (2016)

d021bdff aacc 4218 85b7 2a749b39303bDescendants of the Sun disebut-sebut akan menjadi drama siri legenda, mengingat tingginya populariti drama dan bintang utamanya pada waktu itu. Drama siri yang menemukan Song Joong Ki dengan bekas isterinya iaitu Song Hye Kyo ini adalah salah satu drama siri dengan rating tertinggi.

Diarahkan oleh Lee Eung Bok dan Baek Sang Hoon, Descendants of the Sun berjaya menduduki rating tinggi dengan jumlah 28.6 peratus. Sementara, rating tertingginya adalah 38.8 peratus berjaya diraih pada episod ke-16.

Descendants of the Sun menceritakan tentang kisah kapten Yoo Si Jin (Song Joong Ki) iaitu pegawai tentera pasukan khas angkatan darat Korea Selatan yang mengetuai pasukan Alpha. Hasil lakonan hebat dalam siri tersebut, Song Joong Ki telah berjaya membawa pulang 10 trofi anugerah!

 

3. My Demon (2023—2024)

854818b9 17f4 4447 82de 64dac7b290b1

Apabila iblis Jung Koo-won (Song) terjerat dengan seorang gadis muda Do Do-hee (Kim) dan akhirnya iblis tersebut kehilangan kuasanya kepada gadis itu. Untuk mendapatkan semula kuasa istimewanya, Koo-won mesti menjalankan perkahwinan kontrak dengan Do-hee. Ini menyebabkan kedua-dua mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Tetapi adakah takdir akan memihak kepada cinta mereka? Bagaimanakah dua dunia berbeza ini bersatu?

 

4. The Beauty Inside (2018)

ec790880 53c9 432a 812b 7d4cca20264eThe Beauty Inside mengisahkan tentang Han Se Gye (Seo Hyun Jin) yang mempunyai kebolehan unik. Dia boleh berubah keadaan menjadi orang lain setiap sebulan sekali. Keadaan berupa wanita atau lelaki, dari usia tua hingga muda dan kejadian ini bertahan hingga seminggu. Perkara itu membuatkan kerjayanya terancam. Terdapat CEO tampan dan kaya raya dari syarikat T Road Airline bernama Seo Do Jae (Lee Min Ki) yang terlibat dengannya.

Akibat satu kejadian, mereka terpaksa berpura-pura bercinta. Menariknya, Do Jae juga memiliki keadaan unik yang menyebabkannya tidak boleh mengenali wajah orang lain.

 

5. The Story of Park’s Marriage Contract (2023)

7e05ce82 7cee 4e95 833b 78be246da41aDrama siri ini menceritakan tentang Park Yeon Woo (Park Se Young) yang terlibat dalam pengembaraan waktu dari zaman Joseon ke zaman moden. Dia berjumpa dengan Kang Tae Ha (Bae In Hyuk). Kedua-duanya mempunyai ikatan takdir. Hubungan romantik mereka lama-kelamaan terjalin selepas terikat dengan perkahwinan kontrak.

 

6. Business Proposal (2022)

3f905029 583d 4b23 9b3e f21f2dce302fBusiness Proposal merupakan tontonan ringan dan santa menghiburkan. Cerita dalam drama ini adalah tentang seorang CEO yang secara tidak sengaja bertemu dengan pekerjanya ketika dia berjanji temu (blind date).

Enam drama di atas memiliki beberapa persamaan dengan Queen of Tears, seperti menampilkan pasangan dengan kehidupan yang sangat kontra dan menjadikan masalah komunikasi serta hubungan dengan orang-orang di sekeliling sebagai konflik utama. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 7 Drama Korea MBC dengan Rating Tayangan Tertinggi, Chief Detective 1958 Mendahului
Baca juga: Queen of Tears: 3 Pasangan yang Paling Disukai dalam Kdrama yang Bakal Berakhir

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here