Home Kdrama/Kmovie Puas Hati Dengan Ending “Hide”? Penonton Masih Geram Dengan Lee Mu Saeng...

Puas Hati Dengan Ending “Hide”? Penonton Masih Geram Dengan Lee Mu Saeng Sebagai Suami Red Flag Melampau

0

Drama thriller misteri “Hide” akhirnya melabuhkan tirainya dengan tamatnya 12 episod pada Ahad, 28 April 2024.

IMG 3899

Di beberapa episod sebelum ini, Na Moon Young ( Lee Bo Young) tidak menyangka jirannya yang baik, Ha Yeon Joo (Lee Chung Ah), menyimpan dendam terhadapnya. Ha Yeon Joo berhasrat untuk memusnahkan hidup Na Moon Young sebagai membalas dendam atas tindakan ayahnya yang mencederakan ayah Ha Yeon Joo hingga mati. Sebenarnya, Na Moon Young tidak tahu apa-apa tentang apa yang ayahnya telah lakukan.

Ha Yeon Joo perlahan-lahan memusnahkan kehidupan Na Moon Young dengan mempengaruhi orang yang disayanginya, iaitu Cha Sung Jae (Lee Mu Saeng), suami kepada Na Moon Young. Bermula dari ketaksubannya terhadap wang, Cha Sung Jae jatuh ke dalam perangkap Ha Yeon Joo, yang memberi kesan kepada kehidupan berumah tangganya.

Walaupun drama ini telah tamat, ramai peminat setia drama “Hide” masih merasa begitu terkesan sekali dengan watak yang dilakonkan oleh Lew Mu Saeng sebagai seorang suami yang sangat “Red Flag” dan menjadi figura bapa yang sangat mengecewakan. Ketaksubannya terhadap wang menyebabkan dia melupakan keluarganya.

Bagi anda yang belum tonton lagi, berikut dibawah adalah 7 perkara yang membuatkan Na Moon Young kecewa dengan Cha Sung Hae dalam drama Hide, yang mungkin anda ingin tahu.

AMARAN: Mengandungi Spoiler!

 

Hide

1. Cha Sung Jae sengaja memalsukan kematiannya atas alasan untuk melindungi isteri dan anak-anaknya. Tetapi, tindakan ini sebenarnya mencetuskan konflik yang lebih besar

 

IMG 39002. Menyiasat latarbelakang Ha Yeon Joo, tetapi Na Moon Young malah menangkap hubungan sulit Cha Sung Jae dengan Ha Yeon Joo

 

 

IMG 38973. Na Moon Young sangat kecewa, kerana Cha Sung Jae menunjukkan hubungan sulitnya di hadapan Cha Bom (Jo Eun Sol), anaknya sendiri

 

 

IMG 3888

4. Cha Sung Jae sanggup memecat dan menutup akses Na Moon Young daripada firma guaman yang mereka uruskan bersama

 

 

IMG 3889

5. Untuk mendapatkan hak penjagaan Cha Bom, Cha Sung Jae memfitnah Na Moon Young sebagai Ibu yang tidak bertanggungjawab dan meninggalkan anaknya sendiri

 

 

IMG 3890

6. Tidak bersendirian, Cha Sung Jae melibatkan ibunya, mencipta senario palsu untuk meyakinkan yayasan supaya segera mengambil Cha Bom

 

 

IMG 3891

7. Cha Sung Jae memisahkan anaknya daripada Na Moon Young dengan memindahkan Cha Bom secara paksa ke luar negara

Cha Sung Jae memisahkan Cha Bom daripada ibunya, juga dihasut oleh Ha Yeon Joo. Ini menambahkan bahang kepada hubungan antara ketiga-tiga. Untuk membawa kembali Cha Bom, Na Moon Young merangka strategi dan mengumpul bukti jenayah, supaya polis segera menangkap Cha Sung Jae, ibu mertuanya, dan juga Ha Yeon Joo.

Bagi anda yang belum lagi tonton tetapi meminati genre dan plot sedemikian, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton kesemua 12 episod drama Hide ya!

Baca lagi: Kdrama Hide: Mengapakah Lee Mu Saeng Menghilangkan Diri Tanpa Jejak? Ini 3 Sebabnya
Baca juga: Kdrama Hide: 7 Kekejaman Lee Chung Ah Kepada Keluarga Lee Bo Young

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here