Home Artis Korea “Bro and Marble in Dubai”, 7 Selebriti Korea Bersaing Dalam Monopoli...

“Bro and Marble in Dubai”, 7 Selebriti Korea Bersaing Dalam Monopoli Kehidupan Sebenar

0

Para selebriti Korea datang jauh-jauh ke Dubai hanya untuk bermain monopoli?

Jangan salah faham ya! Permainan monopoli di variety show Bro and Marble in Dubai ini sangat berbeza kerana para peserta akan bermain dengan menggunakan wang dan aset sebenar.

IMG 2276

Bro and Marble in Dubai dikenali sebagai satu rancangan dimana para peserta sedang berada di dalam sebuah permainan yang bernama Monopoly: Burumarble atau juga dipanggil sebagai Blue Marble yang sama seperti dengan Monopoli tetapi menjadi versi kehidupan sebenar sambil menikmati hiburan di Dubai.

Dalam permainan ini, para peserta akan membeli landmark atau bangunan sebenar dengan wang tunai, membayar tol secara tunai. Mereka juga boleh melawat terus untuk melihat dan mengelola aset yang telah dibeli.

IMG 2385

Bro and Marble in Dubai ialah permainan yang tidak dapat diramalkan melibatkan wang sebenar. Peserta boleh melakukan perjalanan yang mewah jika mereka memenangi wang daripada permainan dan jika tidak, mereka akan mempunyai jenis perjalanan yang sangat berbeza.

Pemenang akan dipilih berdasarkan dari jumlah terkumpulnya geran/sijil tanah dan wang tunai terbanyak. Kemudian ia akan ditukarkan menjadi Won Korea.

Terdapat 5 permainan dengan tema berbeza dalam “Bro and Marble”, iaitu:
⁃ Keuntungan (luck)
⁃ All in
⁃ Lampu Ajaib (Magic Lamp)
⁃ Pilihan (Choice)
⁃ Pertaruhan (Betting)

Berlatar belakangkan bandar Dubai yang indah dengan pemandangan bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa, paparan padang pasir yang eksotik. Pastinya membuatkan variety show ini cukup menarik untuk ditonton.

Bro & Marble

Bro and Marble in Dubai ini disertai oleh selebriti dari berbagai latarbelakang karier. Mereka termasuklah Lee Seung-gi, Yoo Yeon Seok, Ji Suk Jin, Lee Dong Hwi, Jo Se Ho, Cho Kyu Hyun Super Junior, Joshua Hong SEVENTEEN, dan Hoshi SEVENTEEN. Disini, Lee Seung Gi membawakan peranan sebagai “Banker”.

Bro and marble

7 peserta selebriti dibahagikan kepada tiga pasukan, dan setiap pasukan itu adalah Yoo dan Kyuhyun dari pasukan pertama. Manakala Lee Dong Hwi, Jee dan Cho membentuk pasukan kedua, Joshua dan Hoshi pula membentuk pasukan ketiga.

Anda boleh saksikan permainan yang sangat menguji minda sebanyak 8 episod ini di Viu.

Langgan Viu Premium untuk menonton variety show Bro and Marble in Dubai ini tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: 2 Filem Korea Baru Yang Boleh Ditonton di Viu Ogos Ini
Baca juga: Cold Blooded Intern, 3 Fakta Mengapa Menarik Mengapa Wajib Tonton Kdrama Ini