Home Artis Korea BLACKPINK Raih 6 Pencalonan VMA 2023, Mendahului Artis Lain Dari Korea

BLACKPINK Raih 6 Pencalonan VMA 2023, Mendahului Artis Lain Dari Korea

0

Video Music Awards (VMA) 2023 telah mengumumkan senarai pencalonan mereka pada 1 September 2023 melalui laman sesawang rasmi. Majlis anugerah gilang gemilang ini akan diadakan pada 13 September 2023.

Beberapa nama idol terkenal Korea Selatan berjaya menembusi pencalonan VMA 2023. Mengejutkan lagi apabila BLACKPINK mendapat 6 pencalonan pada tahun ini, jom kita lihat senarainya!

1. BLACKPINK dicalonkan 6 kategori VMA 2023

Blackpink

BLACKPINK menjadi kumpulan idol Korea Selatan yang paling banyak masuk pencalonan VMA 2023. Pencalonan tersebut terdiri dari kategori Show of the Summer, Group of the Year, Best K-Pop, Best Choreography, Best Art Direction, dan Best Editing.

Untuk pencalonan Show of the Summer, Best Choreography, Best Art Direction, dan Best Editing, BLACKPINK adalah satu-satunya artis Korea yang tercalon. Manakala untuk pencalonan Best K-Pop pula, kumpulan berpengaruh ini akan bertanding melawan lima kumpulan Kpop idol Korea Selatan yang lain.

 

2. TXT dicalonkan 4 kategori, FIFTY FIFTY 3 kategori, SEVENTEEN 2 kategori

VMA

Berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa, TXT berjaya masuk ke 4 pencalonan VMA 2023. Diantaranya adalah Group of the Year, Song of Summer, PUSH Performance of the Year, dan Best K-Pop.
Sedangkan FIFTY FIFTY yang kini sedang hangat mencuri perhatian kerana perbicaraan mereka dengan agensi nampaknya telah berjaya mendapat 3 pencalonan.

Kumpulan dari ATTRAKT itu dicalonkan untuk kategori Group of the Year, Song of Summer, dan Best K-Pop. Seterusnya SEVENTEEN berjaya mendapat 2 pencalonan. Group of the Year dan Best K-Pop adalah kategori yang dicalonkan untuk SEVENTEEN di VMA 2023.

 

3. Jungkook, New Jeans, Stray Kids, DAN aespa dapat 1 pencalonan VMA 2023

VMAs

“Seven” (2023) berjaya membawa Jungkook untuk dicalonkan di VMA 2023. Dia akan bersaing dengan FIFTY FIFTY dan beberapa penyanyi lain untuk kategori Song of Summer. Sedangkan aespa dan Stray Kids sama-sama dicalonkan bagi kategori Best K-Pop. New Jeans menjadi idol KPop lain yang turut dicalonkan untuk kategori Group of the Year.

Undian untuk beberapa kategori sudah dibuka di laman sesawang rasmi www.mtv.com. Namun ada beberapa kategori yang baru dibuka sistem undiannya pada 3, 4, 7, hingga 11 September 2023.

Baca lagi: 4 Artis Jelita Yang Pernah Digosipkan Dengan Jo In Sung
Baca juga: V BTS, 7 Rancangan Hiburan Terbaru Yang Disertainya