Home Artis Korea 4 Artis Jelita Yang Pernah Digosipkan Dengan Jo In Sung

4 Artis Jelita Yang Pernah Digosipkan Dengan Jo In Sung

0

Tahun 2023 merupakan tahun yang cukup baik untuk Jo In Sung. Dua projek lakonannya iaitu Smugglers dan Moving sama-sama meraih kejayaan besar. Hasil lakonannya dari kedua-dua projek tersebut, nama Jo In Sung menjadi perbincangan hangat warganet.

Pesona pelakon kacak kelahiran tahun 1981 tersebut memang tidak dapat dinafikan. Ketampanannya yang seolah-olah tidak pernah pudar, membuatkan ramai wanita jatuh cinta padanya.

6b689eea 3892 4547 b9e2 90bc6dd885bf

Berikut adalah 4 orang wanita yang pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Jo In Sung. Siapakah mereka?

1. Song Hye Kyo

Jo in sung

Memiliki kecantikan yang luar biasa, membuat ramai lelaki tertawan dan terkaku di hadapan Song Hye Kyo. Pelakon wanita yang dilahirkan pada tahun 1981 tersebut selalu diberitakan terlibat dengan cinta lokasi bersama dengan pelakon lelaki yang berlakon bersamanya. Nama Jo In-sung juga tidak terkecuali.

Pada tahun 2023, Jo In-sung dan Song Hye Kyo berlakon dalam sebuah drama yang sama iaitu That Winter Wind Blows. Dalam drama yang ditulis oleh Noh Hye Kyung, mereka berdua tampilkan keserasian yang membuatkan para penonton cair dan senyum sendiri. Ramai yang mengandaikan mereka berdua benar-benar bercinta.

Andaian tersebut dikuatkan lagi apabila pihak Dispatch melepaskan gambar Jo In-sung dan Song Hye Kyo yang sedang berduaan di jalanan. Namun, agensi dari kedua-dua belah pihak terus membantah berita hubungan mereka.

 

2. Kim Min Hee

Artis jelitaBanyak kontroversi yang tersebar mengenai Kim Min Hee, ada satu perkara yang perlu kita akui bersama tentang Kim Min Hee iaitu dia memiliki senarai bekas teman lelaki yang super hot. Mereka adalah Lee Jung Jae, Lee Soo Hyuk dan Jo In-sung. Daebak!

Tiga tahun selepas putus dengan Lee Soo Hyuk, pada tahun 2013, warganet Korea gempar melihat foto-foto Jo In-sung dan Kim Min Hee yang diedarkan oleh Dispatch. Sebahagian besar warganet terkejut mendengar berita ini. Pastinya, ramai juga yang merasa cemburu dengan Kim Min Hee.

Pihak agensi dari kedua-dua belah pihak telah mengesahkan hubungan antara Jo In Sung dan Kim Min Hee. Sayangnya, hubungan mereka tidak bertahan lama, kandas di tengah jalan selepas bercinta selama 1 tahun 6 bulan.

 

3. Gong Hyo Jin

f0501bd2 1e92 4fb2 a848 800ef3d80417Gosip dengan Gong Hyo Jin lebih rumit untuk dijelaskan. Mari kita lihat secara terperinci. Pada tahun 2014, Gong Hyo Jin dan Jo In Sung dipasangkan sebagai kekasih dalam drama It’s Okay, That’s Love. Lalu ketika drama berakhir, tiba-tiba sahaja Dispatch melancarkan foto ketika Jo In Sung sedang keluar bersama dengan Gong Hyo Jin.

Keadaan menjadi lebih rumit kerana pada hari yang sama, Jo In Sung baru sahaja mengumumkan bahawa dia dan Kim Min Hee telah putus. Fakta bahawa Kim Min Hee dan Gong Hyo Jin bersahabat, membuatkan keadaan Gong Hyo Jin semakin tergugat. Dia seolah-olah menjadi penyebab putusnya hubungan sahabat sendiri.

Namun, agensi kepada Gong Hyo Jin dan Jo In Sung membantah keras berita tentang hubungan kedua-dua artis mereka ini.

 

4. Go Hyun Jung

e93b7256 eeaa 4d9f 94a4 4b9e1fadb6a7Selama bertahun-tahun khabar angin tentang hubungan antara Go Hyun Jung dan Jo In Sung mengalami pasang surut. Gong Hyun Jung bertemu dengan Jo In Sung dalam drama Spring Days (2005). Sejak waktu itulah khabar angin itu mula bertiup kencang.

Pada tahun 2015, pernah tersebar foto kedua-duanya sedang bersama di lapangan terbang Jepun. Namun, Go Hyun Jung dan Jo In Sung sama-sama santai sahaja dalam menghadapi gosip ini. Mereka membantah setiap gosip yang tersebar. Namun, hubungan baik kedua-duanya tetap terjaga. Bahkan mereka juga terlibat dalam satu projek yang sama melalui drama Dear My Friends (2016).

Setakat ini, Jo In-sung hanya pernah bersikap terbuka tentang hubungan cintanya dengan Kim Min Hee. Selepas itu, dia menutup rapat cerita tentang kehidupan peribadinya. Dia lebih senang membicarakan tentang projek lakonan yang sedang dibintanginya sahaja.

Jo In Sung pernah berkata,
“Akan sangat sukar menjadi teman wanita saya”


Baca lagi: 15 Drama dan Filem Jo In Sung, Terbaharu Superhero dalam “Moving”
Baca juga: Yoon Park & Kim Soo Bin Berkahwin Hari Ini