Pelakon lelaki terkenal Yoon Park akhirnya rasmi mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hatinya pada hari ini iaitu Sabtu, 2 September 2023.

Yoon Park mengikat tali perkahwinan dengan kekasihnya Kim Soo Bin yang merupakan seorang model yang jelita. Seperti pengantin baru yang lain juga, sebelum sah bergelar suami isteri, pasangan ini terlebih dahulu telah melakukan sesi foto pre wedding (pra perkahwinan).

Sebelum kami berkongsi gambar sekitar majlis perkahwinan kedua-dua pengantin baru ini, kami kongsikan dulu gambar pre wedding mereka berdua!

Dengan membawa banyak konsep dan tema, berikut ini merupakan beberapa gambar prewedding Yoon Park dan Kim Soo Bin yang tampak seperti raja sehari, amat cocok, amat padan! Jom sama-sama kita lihat:

 

1. Dalam sesi foto pre wedding ini, Yoon Park kelihatan memegang tangan Kim Soo Bin. Kedua-duanya tampil memukau dengan pakaian sedondon satu nada

 

Park young2. Nampaknya Yoon Park tanpa segan silu menunjukkan rasa sayangnya kepada Kim Soo Bin dengan mencium pipinya. Jangan cemburu ya!

 

Yoon park3. Seolah-olah ingin menunjukkan statusnya yang akan menjadi seorang isteri, Kim Soo Bin juga nampaknya berbangga mempamerkan cincin di jari manisnya

 

Kim soo bin4. Di bawah kain veil, Yoon Park dan Kim Soo Bin pun tampak mempamerkan senyum manis serta rasa bahagia mereka di depan kamera

 

5. Bukan hanya di dalam gambar, Kim Soo Bin nanti akan terus bersandar dengan Yoon Park sebagai suami dan juga teman hidupnya

 

6. Seperti dunia ini milik mereka berdua, pasangan ini sudah kelihatan bahagia dan serasi bersama sejak penggambaran foto pre wedding ini

 

7. Dalam balutan gaun putih, Kim Soo Bin kelihatan mempesona sewaktu memegang tangan Yoon Park sambil memegang jambangan bunga

 

8. Bukan hanya sesi indoor, mereka juga melakukan sesi foto pre wedding di ruang terbuka dengan memakai persalinan yang anggun

 

9. Di bawah kain veil Yoon Park nampaknya tidak ingin melepaskan pandangannya pada Kim Soo Bin. Semoga berbahagia ya!

Demikian sahaja beberapa keping gambar pre wedding Yoon Park dan Kim Soo Bin yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 2 September 2023. Semoga kekal ke anak cucu dan terus bahagia ya!

Baca lagi: IU Memberi Hadiah Mewah Kepada 8 Artis Korea Ini
Baca juga: 10 Lagu Kpop Tentang Hubungan Cinta Yang Sukar Diperbaiki, Menyedihkan
Previous article“Yang Penting Kopiah Maintain”-Gelagat Wan Melayan Cucunya Buat Ramai Terhibur
Next articleDi Sebalik Sambutan Hari Kebangsaan, Rakaman Alam Flora Membersihkan Tempat Sambutan Raih Perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here