Home Artis Korea V BTS, 7 Rancangan Hiburan Terbaru Yang Disertainya

V BTS, 7 Rancangan Hiburan Terbaru Yang Disertainya

0

Dalam rangka pelancaran album Layover pada 8 September yang akan datang, V BTS dikhabarkan akan membintangi dan menyertai berbagai-bagai variety show dan juga program muzik.

Pemilik nama asal Kim Taehyung ini akan tampil dalam Dingo hingga rancangan kegemaran ramai, Running Man! Sangat sibuk dengan berbagai aktiviti di luar negara, bintang ini akan kembali menghiburkan para peminatnya dengan muncul dalam banyak program TV dan YouTube Korea Selatan.

Bagi anda yang tertanya-tanya, kami telah rangkumkan senarai program TV akan datang yang disertai oleh V BTS.

1. Dingo – 31 Ogos

d22ef1b7 b178 49ca 9298 b4b90fe6b43c

V BTS akan menyapa para peminatnya melalui saluran YouTube Dingo Story dengan muncul di episod ke-20 melalui acara You’ve Worked Hard Today Too 2023. Melalui gambar preview yang dilepaskan, dia kelihatan membuka pintu kafe dan memasukinya dengan senyuman ceria.
Kemudian V BTS dilihat bertanya, “saya sudah bersedia. Adakah anda juga bersedia?” yang ternyata merupakan kata-kata yang sama dengan caption gambar yang baru-baru ini dihantar di Instagram miliknya. Program ini fokus kepada idol yang memberikan kejutan kepada peminat-peminat dan menghabiskan waktu bersama.

 

2. Pixid – 2 September

07a6de4f a77a 41ef b307 040a607f8c12V BTS juga dijadualkan akan tampil di saluran YouTube Pixid, iaitu sebuah rancangan hiburan web untuk mencari “kepalsuan” tersembunyi di dalam ruang bicara berkumpulan. Dia sendiri akan menjadi pemilik anjing yang tersembunyi di antara pemilik-pemilik kucing.

 

3. You Quiz On the Block – 6 September

V BTSPernah tampil bersama BTS pada tahun 2021, V kali ini akan tampil secara solo dalam You Quiz On the Block. Dipimpin oleh Yoo Jae Suk dan Jo Se Ho, program ini akan menampilkan perbualan dengan selebriti dan orang biasa, serta memberikan para bintang undangan kuiz yang mengejutkan.

 

4. NPOP Music Show – 9 dan 13 September

b2cc7d3f 36cf 4c21 add6 9a4a59bce067Baru-baru ini, V BTS disahkan akan menyertai NPOP Music Show iaitu program chart K-POP bulanan yang telah dilancarkan oleh Naver dan Playlist. Dia akan membawa 4 lagu termasuk title track dari album Layover dengan menampilkan persembahan pentas yang berbeza untuk setiap lagu.

 

5. Running Man – 10 September

ef0072de a388 4603 91bb 02a783a35153

V BTS juga akan tampil sebagai bintang undangan dalam Running Man yang diumumkan melalui akaun rasmi media sosialnya. Dalam pengumuman itu, @sbs_runningman_sbs berkongsi gambar dengan tulisan “V” yang tertera dalam name tag ikonik program itu.

“Running Man X V BTS. Disiarkan pada 10 September,” tulis akaun rasmi Instagram @sbs_runningman_sbs pada Selasa, 29 Ogos 2023.

 

6. Tiny Desk Korea- 10 September

b2c5c71c 0fbb 4b5b ab99 603deba1b2c1V BTS akan tampil dalam Tiny Desk Korea. Dia akan menjadi salah seorang lineup dalam acara muzik. Untuk menandakan pelancaran album solonya itu, dia akan tampil dengan membawakan lagu barunya. Nantikan ya!

 

7. Inkigayo – 10 September

c7f3c84c 258e 4a80 b006 9052b945aad0Dipetik dari Sports Chosun, V BTS akan menampilkan lagu solonya “Slow Dancing” buat pertama kali di program muzik SBS Inkigayo. Selain itu, ini akan menjadi penampilan pertamanya berdiri di pentas tersebut sebagai penyanyi solo yang pastinya sudah dinanti-nantikan oleh para peminat setia.

Demikian sahaja beberapa program hiburan yang akan datang yang akan disertai oleh V BTS untuk meraikan debut solonya melalui album Layover. Nantikan ya!

Baca juga: IU Memberi Hadiah Mewah Kepada 8 Artis Korea Ini
Baca juga: Apakah Pengakhiran 8 Superhero di “Webtoon Moving”?